Ulasan Perlawanan Akhir Australian Open: Nadal lwn Medvedev

Ulasan dengan kebarangkalian dan ramalan untuk perlawanan akhir Australian Open antara Nadal dan Medvedev

Bila: Ahad, Januari 30
Di mana: Rod Laver Arena, Melbourne, Australia

Perlawanan akhir Australian Open telah tiba. Rafael Nadal dan Daniil Medvedev akan bertanding bagi gelaran Grand Slam pertama bagi musim 2022. Selepas dua minggu pertempuran hebat di Melbourne, kami akhirnya dapat menentukan siapa yang akan menuntut piala ini. Nadal mengejar gelaran juara Grand Slam ke-21nya, iaitu kejuaraan yang akan memecahkan serinya dengan Roger Federer dan Novak Djokovic. Medvedev mahukan piala serupa yang keduanya, yang akan mengumumkan kemasukkannya ke pentas utama dan mengasaskan dirinya sebagai pelapis pemain Big Three ( tiga pemain utama).

Nadal lwn Medvedev

Ulasan Rafael Nadal lwn Daniil Medvedev

Rafael Nadal

Lagenda Sepanyol ini telah berjaya sampai ke peringkat akhir setelah bermain enam perlawanan di mana dia telah kalah empat set. Kami boleh bertelagah tentang cara beliau menang mengalahkan Shapovalov di suku akhir, sama ada ianya adil atau tidak, tetapi Nadal telah menunjukkan satu perkara di luar sana, iaitu kebolehannya menjadi sesejuk salji di saat-saat paling genting setiap acara, tidak kira faktor lain.

Selepas berjaya bertahan melalui ribut melawan Shapo, beliau telah betemu Matteo Berrettini. Dia telah mengalahkan pemain Itali ini 3-1, dengan mengalami krisis kecil pada set ketiga tetapi akhirnya memberi respon yang bagis dan bejaya mengatasi detik yang mencabar ini.

Servis pertama Rafa sekali lagi di kadar kejayaan sekitar 70%, iaitu puratanya di AO. Dia telah membuat pembezaan melawan Berrettini di breakpoint. Warga Sepanyol ini telah berjaya menukarkan empat daripada lapan, iaitu kadar 50% yang bagus. Kami mengatakan ianya bagus kerana senjata utama Berrettini adalah servis yang mantap.

Daniil Medvedev

Warga Rusia ini telah berjaya menyingkirkan Stefanos Tsitsipas 3-1 di suku akhir, dan mengatasi, boleh dikatakan, perlakuan kurang profesional daripada pengadil kerusi. Ayah Tsitsipas terkenal sebagai jurulatihnya, dan di acara ini, latihannya menjadi lebih jelas daripada biasa, akan tetapi tiada amaran diberikan kepada pemain Greek ini.

Medvedev meletup tetapi berjaya kembali ke pangkal jalan dan menyampaikan balasan yang mantap dengan 1-1, memenangi dua set seterusnya. Senjata utamanya adalah servis yang serba bagus, serta mempunyai statistic yang amat baik, mengambil 86% berpihak kepadanya pada servis pertama dan 84% pada servis kedua.

Pada keseluruhannya, selepas bertenang, Medvedev menjadi pemain yang lebih baik hari ini, memenangi 123 mata, berlawanan dengan 97 milik Tsitsipas. Sementara itu, beliau mengekang servis pihak lawan, memenangi 41 mata ketika menerima.

Nadal lwn Medvedev Satu lawan satu

Kedua-dua pemain ini telah bertemu empat kali sebelum ini, dan Nadal telah menang tiga kali. Salah satunya adalah di US Open 2019 selepas lima set. Yang pertama adalah di perlawnan akhir Canadian Masters’ pada tahun yang sama, 6-3, 6-0. Walaubagaimanapun, di pertembungan terbaru iaitu di pusingan akhir Jelajah Dunia ATP, Medvedev telah menang 2-1.

Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM500

Ramalan Nadal lwn Medvedev

Kami akan melihat satu pertunjukan menarik di sini, sudah tentunya. Medvedev telah dikalahkan, dan anda boleh perhatikan ini dengan semua pita bagasi pada badannya. Pangkal paha, hamstring kiri dan sebagainya. Pada masa yang sama kita ada Nadal, yang melalui jalan yang lebih mudah untuk sampai ke perlawanan akhir tetapi berumur 35 tahun.

Pilihan kami di sini adalah Daniil sebab servisnya yang tidak berputus dan pengembaliannya yang mantap. Pada ketika ini, beliau merupakan pemain yang lebih baik daripada Rafa.

Pilihan kami: Medvedev

Dalam laman ini
Laman Terbaik
22BET

Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM620

1XBet

Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM500

Melbet

Bonus Deposit Pertama 100% Sehingga RM500

Dapatkan Bonus Eksklusif!
Langganilah laman ini dan jadi penjudi pertama untuk menerima tawaran pertaruhan terbaik.
Kami janji tidak akan menghantar spam.
Anda juga boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa sahaja

*Dengan melanggan, anda sahkan bahawa anda berumur 18 tahun ke atas