Pertukaran Pertaruhan: Segala Yang Anda Perlu Tahu

Pertukaran pertaruhan menawarkan pelantar untuk anda bertaruh melawan penjudi lain, dan bukannya bookie. Ketahuilah apa itu pertukaran pertaruhan di sini.

Dalam dunia pertaruhan sukan, pertaruhan biasanya dibuat dengan seorang bookie. Bookie merupakan pihak yang menyediakan tempat dan pelantar untuk penjudi membuat pertaruhan mereka. Apabila anda bertaruh di rumah pertaruhan ataupun di dalam talian, anda bertaruh melawan seorang bookie. 

Jadi, jika anda menang, pihak bookie akan membayar anda dan jika anda kalah pihak bookie akan untung daripada pertaruhan anda. Secara ringkasnya, anda berurusan dengan sebuah syarikat besar semasa membuat pertaruhan sukan yang biasa.

Akan tetapi, selain pertaruhan sukan yang dibuat dengan bookie, terdapat juga konsep pertaruhan yang lain, iaitu pertukaran pertaruhan.

Laman Pertaruhan Sukan Terbaik 2024

Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM588
4.6
Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM500
4.5

Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM620

4.5
Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM500
4.4
Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM300
4.4
Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM300
4.4
Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM500
4.4
Bonus Deposit Pertama 100% Sehingga RM500
4.4
Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM500
4.4
Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM500
4.4

Bonus Selamat Datang 120% sehingga RM1000

4.4
Bonus Selamat Datang 138% sehingga RM299
4.4
Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM500
4.1
Pelbagai pilihan pertaruhan
3.8

Sejarah Pertukaran Pertaruhan Di Seluruh Dunia

Konsep pertukaran pertaruhan atau betting exchange sebenarnya agak baru. Ianya merupakan konsep yang hanya wujud setelah internet bermula. Pelantar paling awal di mana penjudi boleh membuat pertukaran pertaruhan wujud di sekitar 2001. Terdapat hanya dua atau tiga laman yang menawarka pertukaran pertaruhan pada masa itu.

Laman-laman awal ini mula memperkenalkan pertukaran pertaruhan untuk memberikan penjudi cara baru untuk bertaruh. Mereka berharap bahawa konsep pertaruhan baru ini dapat menarik lebih banyak penjudi ke alam pertaruhan sukan.

Semenjak tahun itu, terdapat banyak lagi pelantar pertukaran pertaruhan yang diwujudkan oleh perlbagai syarikat. Kesemuanya mempunyai tarikan mereka yang tersendiri. 

Pemilik pertukaran pertaruhan senantiasa mengemaskini laman mereka dengan antara muka pengguna yang lebih baik dan teknologi terkini. Walau bagaimanapun, konsep pertaruhan asas di pertukaran pertaruhan kekal sama sehingga ke hari ini.

Pertukaran Pertaruhan

Apa itu Pertukaran Pertaruhan?

Pertukaran pertaruhan atau exchange betting merupakan pelantar di mana penjudi dibenarkan membuat pertaruhan terhadap satu sama lain. Dalam pasaran pertaruhan sebegini bookie tidak terlibat secara langsung.  

Di sebuah pasaran pertukaran pertaruhan, mana-mana penjudi yang berdaftar dibenarkan mencadangkan sejenis  kebarangkalian sendiri terhadap sesuatu kejadian dalam acara sukan. Katakan Encik Tan menawarkan kebarangkalian 3.2 ke atas Manchester United untuk menang Liga Perdana Inggeris tahun ini.

Penjudi lain kemudiannya mempunyai kebebasan untuk menyokong kebarangkalian yang dicadangkan ini dengan membuat pertaruhan backing (backing bets). Jika anda menyokong kejayaan sesuatu peristiwa dan kebarangkaliannya, anda boleh membuat pertaruhan backing terhadapnya.

Walau bagaimanapun, jika anda sebagai penjudi tidak setuju dengan kebarangkalian dan kejadian Manchester United menang, anda boleh membuat pertaruhan lay (lay bets). Lay bets ini bermaksud anda bertaruh melawan backing bets, iaitu bertaruh bahawa cadangan peristiwa itu akan gagal.

Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM500

Bagaimana Pertukaran Ini Berfungsi?

Seperti yang dinyatakan tadi, setiap pertukaran pertaruhan mempunyai sistem antara muka pengguna mereka sendiri. Walaubagaimanapun, prinsip asasnya sama sahaja. Apabila anda mendaftar di sesuatu laman pertukaran pertaruhan, anda akan melihat  papan yang menyerupai papan pertaruhan utama di laman pertaruhan sukan biasa. Seperti biasa, kebarangkalian untuk kemenangan setiap pasukan akan tertera di sebelah pasukan tersebut.

Akan tetapi, anda akan perasan sesuatu yang berbeza, iaitu dalam papan betting exchange, setiap pasukan dalam sesuatu perlawanan akan ada dua set kebarangkalian. Satu kebarangkalian backing dan satu kebarangkalian lay.

Jika anda menyokong bahawa sesuatu pasukan akan menang, anda boleh membuat pertaruhan backing menggunakan kebarangkalian backing. Biasanya anda dikehendaki menekan kebarangkalian backing yang anda mahu dan ianya akan ditambah kepada slip pertaruhan anda. 

Setakat ini, apabila anda membuat pertaruhan backing, ianya tidak banyak berbeza dengan pertaruhan biasa yang dibuat dengan bookie. Hanya satu perkara yang berbeza, iaitu bukan bookie yang menentukan kebarangkalian itu, tetapi penjudi lain. 

Set nombor kedua yang tertera di sebelah sesuatu pasukan itu adalah kebarangkalian lay. Pertaruhan lay dibuat apabila anda ingin bertaruh melawan cadangan pertaruhan, iaitu anda bertaruh bahawa sesuatu pasukan itu tidak akan menang. Pertaruhan lay mempunyai kebarangkalian yang lain daripada pertaruhan back. Anda boleh membuat pertaruhan lay dengan menekan nilai kebarangkalian lay dan ianya akan ditambah kepada slip pertaruhan anda.

Apabila and anda memilih untuk membuat pertaruhan backing atau lay, anda boleh menambahkan pertaruhan itu ke slip anda dan menentukan berapa banyak wang yang akan anda pertaruhkan.

Bagaimana Pertukaran Pertaruhan Berfungsi?

Apakah Perbezaan Lain Antara Pertukaran Pertaruhan Dan Pertaruhan Biasa?

Selain perbezaan ketara utama, iaitu pertaruhan dibuat dengan penjudi lain dan bukannya bookie, terdapat perbezaan lain yang penting. Anda sebagai penjudi mempunyai banyak kebebasan di pertukaran pertaruhan. Kebebasan itu termasuklah menawarkan peristiwa dan kebarangkalian anda sendiri.

Jika anda tidak menjumpai kebarangkalian yang anda  suka, anda bebas untuk mencadangkan kebarangkalian backing atau lay untuk pasukan dan perlawanan pilihan anda. Kemudian, penjudi lain bebas untuk membuat pertaruhan backing untuk menyokong kebarangkalian anda. Mereka juga bebas mencadangkan kebarangkalian lay untuk melawan cadangan anda. 

Dalam situasi sebegini, pihak bookie berfungsi seperti orang tengah. Mereka akan menyimpan semua wang pertaruhan yang dibuat oleh kedua-dua pihak backing dan lay. Mereka kemudiannya akan membayar pihak yang menang, dan menyimpan sedikit komisen dari pihak pemenang. Biasanya komisen ini dalam linkungan 2-5%.

Ini berbeza dengan sistem pertaruhan sukan biasa, di mana pihak bookie akan menyimpan kesemua wang pertaruhan pihak yang kalah. 

Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM620

Istilah-istilah Penting Yang Perlu Anda Tahu

Seperti juga pertaruhan biasa, pertukaran pertaruhan mempunyai istilahnya sendiri. Istilah-istilah ini penting untuk anda mulakan perjalanan anda. 

Arbing– Istilah ini sama seperti hedging. Ianya melibatkan pertaruhan ke atas dua keputusan yang berlawanan supaya boleh untung tidak kira siapa yang menang.

Backing Sejenis pertaruhan di mana anda bertaruh menyokong nilai kebarangkalian sesuatu pasukan atau peristiwa, berlawanan dengan pertaruhan lay.

Drifting – Istilah yang digunakan apabila kebarangkalian pada sesuatu pasukan atau peristiwa semakin banyak dan semakin panjang. Ini berlawanan dengan Steaming.

Dutching – Strategi untuk membuat beberapa pertaruhan ke atas beberapa pihak dalam sesuatu perlawanan, untuk memastikan bahawa terdapat keuntungan tidak kira pihak mana yang menang.

Komisen – Dalam sistem pertukaran pertaruhan, pihak bookie yang berfungsi sebagai orang tengah akan dibayar komisen oleh pihak yang menang.

Lapse – Sesuatu cadangan kebarangkalian yang gagal mendapatkan pertaruhan berpadanan lay dan luput sebelum perlawanan bermula.

Lay – Pertaruhan lay adalah pertaruhan yang dibuat melawan kebarangkalian kemenangan backing, iaitu pertaruhan bahawa sesuatu pasukan atau peristiwa akan gagal.

Matching – Matching bermaksud mencari atau mendapat pertaruhan berpadanan backing dan lay. Seperti yang kita tahu, mana-mana backing mestilah dipadankan dengan lay dan sebaliknya.

Kelebihan Bertaruh Di Pertukaran Pertaruhan

Pertukaran pertaruhan sebenarnya memberikan banyak kebebasan kepada penjudi, terutamanya penjudi yang berpengalaman. Mereka tidak lagi rasa bahawa mereka dikekang oleh bookie. Antara kelebihan untuk penjudi di di sini termasuklah:

Kebebasan menentukan kebarangkalian

Jika anda sebagai penjudi yang berpengalaman, anda mungkin ingin mencadangkan kebarangkalian sendiri kerana anda mungkin tidak boleh mencari kebarangkalian yang memuaskan daripada pihak bookie. Pertukaran pertaruhan memberikan anda ruang untuk menentukan nasib sendiri.

Lebih banyak kebarangkalian untuk dipertaruhkan

Oleh kerana semua penjudi diberi kebebasan untuk mencadangkan kebarangkalian, maka wujudlah situasi di mana terdapat banyak kebarangkalian untuk sesuatu pasukan. Semakin banyak kebarangkalian bermakna lebih banyak peluang untuk anda menang.

Peluang untuk melakukan hedging

Untuk mengurangkan risiko kekalahan keseluruhan pertaruhan, penjudi akan melakukan strategi seperti hedging. Strategi ini boleh dilakukan dengan lebih mudah jika adanya pertukaran pertaruhan. Penjudi boleh mencadangkan kebarangkalian sendiri untuk menjayakan strategi hedging tersebut dan tidak perlu bergantung kepada pihak bookie di luar sana. 

Oleh itu, cara pertaruhan sebegini menawarkan lebih peluang untuk anda menguruskan risiko anda dan mengurangkan kemungkinan hilang segala pertaruhan anda. 

Kelemahan Pertukaran Pertaruhan

Oleh kerana pertukaran pertaruhan sebenarnya berlaku antara beberapa penjudi, ianya mempunyai kelemahan yang berbeza dengan pertaruhan biasa. Kelemahan ini sebenarnya bukan masalah besar. Ianya hanya satu perbezaan dengan konsep pertaruhan biasa yang perlu anda sesuaikan diri.

Tiada Bonus atau Promosi Besar 

Biasanya bagi pertukaran pertaruhan, tiada bonus yang bernilai tinggi ditawarkan. Selain itu, promosi dan program kesetiaan untuk di sini juga tidak sebesar pertaruhan biasa. Ini kerana bagi pihak bookie, pertukaran pertaruhan tidak banyak membawa keuntungan berbanding dengan sistem pertaruhan biasa.

Tiada jaminan anda boleh mendapat pertaruhan yang anda mahu

Kejayaan pertaruhan anda di pertukaran pertaruhan, tidak kira pertaruhan backing atau lay, bergantung kepada kehadiran penjudi lain yang membuat pertaruhan bertentangan. Jika tiada penjudi yang ingin bertaruh melawan anda, maka anda tiada peluang untuk untung dan pertaruhan itu akan dibatal. Dalam pertaruhan sukan biasa, anda sentiasa dijamin mendapat keuntungan jika menang pertaruhan kerana bertaruh melawan bookie. 

Kemenangan tidak sebesar pertaruhan sukan biasa

Dalam pertukaran pertaruhan, anda bertaruh melawan penjudi lain. Oleh itu, jumlah kemenangan yang anda dapat bergantung kepada ‘pool’ atau jumlah pertaruhan semua orang sekaligus, tidak kira lay atau backing. Jumlah ini biasanya tidak sebanyak kemenangan yang boleh anda dapat apabila membuat pertaruhan dengan bookie. Di samping itu, kemenangan anda di sini akan dikurangkan sedikit kerana komisen yang perlu dibayar kepada pihak bookie sebagai orang tengah. 

Pertukaran Pertaruhan Satu Aktiviti Komuniti

Pertukaran pertaruhan merupakan sesuatu aktiviti yang hanya melibatkan komuniti penjudi di sesuatu laman pertaruhan. Segala kemenangan dan kekalahan dikongsi bersama di atas kebarangkalian yang ditentukan sendiri. Pihak bookie hampir tiada peranan penting di sini, melainkan sebagai pihak orang tengah atau moderator. 

Oleh itu, ianya merupakan satu pelantar yang menawarkan lebih peluang kepada pada penjudi, sama ada untuk melakar strategi kemenangan mahupun mencuba nasib, di atas syarat yang ditentukan diri sendiri. 

Soalan-soalan Lazim

Pertukaran pertaruhan atau exchange betting merupakan pelantar di mana penjudi boleh bertaruh melawan satu sama lain, dan bukannya pihak bookie.

Pertaruhan back merupakan pertaruhan yang menyokong sesuatu peristiwa dalam acara sukan.

Pertaruhan lay merupakan satu pertaruhan yang melawan pertaruhan back.

Pendapatan dijanakan daripada komisen yang diambil daripada pihak yang menang, biasanya 2-5%.

Bonus Deposit Pertama 100% Sehingga RM500
Laman Terbaik
22BET

Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM620

1XBet

Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM500

Melbet

Bonus Deposit Pertama 100% Sehingga RM500

Dapatkan Bonus Eksklusif!
Langganilah laman ini dan jadi penjudi pertama untuk menerima tawaran pertaruhan terbaik.
Kami janji tidak akan menghantar spam.
Anda juga boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa sahaja

*Dengan melanggan, anda sahkan bahawa anda berumur 18 tahun ke atas