Megapari
4.1

Megapari

Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM500
Jumlah pendepositan minima RM5

Laman pertaruhan sukan Megapari menawarkan pengalaman yang lengkap bagi semua penjudi yang inginkan pengalaman pertaruhan yang selesa.

Kelebihan
  • Laman didapati dalam versi app untuk Android
  • Laman web ini terdapat dalam lebih daripada 50 bahasa
  • Pelbagai jenis sukan untuk bertaruh
  • Menawarkan penstriman langsung
Kelemahan
  • Sokongan pelanggan tidak disediakan 24 jam

Ulasan Laman Pertaruhan Sukan Megapari

Bagi peminat pertaruhan sukan dalam talin, anda tentu akan gembira untuk mengetahui bahawa terdapat satu lagi laman pertaruhan di alam maya. Ini merupakan satu lagi saluran untuk anda mencari peluang pertaruhan dan kebarangkalian yang sesuai bagi citarasa anda.

Laman pertaruhan sukan Megapari dimiliki oleh Zavbin Ltd. yang bertapak di Cyprus, dan mempunyai lesen daripada Curacao. Mereka telahpun mula beroperasi sejak tahun 2019 dan kini mencapai lebih 400,000 penjudi dari serata dunia yang aktif bertaruh di sini.

Mereka menawarkan pengalaman pertaruhan pre-bet dan live, dengan papan pertaruhan besar yang kerap dikemaskini dengan acara sukan terbaru.

Ulasan Laman Pertaruhan Sukan Megapari

Megapari Menawarkan Jenis Sukan Yang Anda Suka

Di Megapari, anda boleh menjangkakan lebih 1000 acara setiap hari, daripada lebih 25 jenis sukan. Acara ini meliputi pertandingan utama dari seluruh dunia. Antara sukan yang mempunyai paling banyak acara untuk dipertaruhkan adalah bola sepak, bola keranjang, e-sukan dan ping pong. 

Sebagai penjudi dari Malaysia, semua sukan yang menjadi tumpuan di laman Megapari juga merupakan sukan yang popular di tanahair kita. Selain sukan yang  disebut di atas, terdapat juga acara lain yang boleh ditemui di sini, seperti badminton, tenis, futsal dan bola tampar. 

Selain itu terdapat beberapa sukan yang jarang ditemui, seperti peluncuran ais, curling, luncur air dan banyak lagi. 

Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM500

Papan Pertaruhan Dengan Pelbagai Jenis Pertaruhan

Laman pertaruhan Megapari menyediakan pelbagai jenis pertaruhan yang sangat menyeronokkan. Di papan utama anda akan menjumpai pertaruhan 1×2, Total Over dan Under, Moneyline, serta double chance. 

Selain cara-cara berbeza untuk membuat pertaruhan tunggal, anda juga dapat turut serta dalam membuat jenis pertaruhan lain. Ini termasuk pertaruhan accumulator, pertaruhan sistem, rantai, multibet, anti-accumulator dan sebagainya. 

Semua ini boleh ditambah kepada slip pertaruhan anda menggunakan butang pilihan yang ada. 

Nikmati Pertaruhan Langsung Yang Mendebarkan

Seperti juga laman pertaruhan lain di alam maya, Megapari menawarkan bahagian pertaruhan live. Bahagian live menawarkan pertaruhan kemenangan, total dan handicap. Anda boleh membuat pertaruhan tunggal di sini ataupun menggabungkan beberapa pertaruhan untuk menjadikannya pertaruhan accumulator. 

Antara sukan live yang paling popular di sini adalah bola sepak. Antara acara bola sepak yang ditawarkan secara live termasuk Piala Dunia FIFA, Kejuaraan UEFA, Bundesliga Jerman, Liga EuroMillions dan banyak lagi. 

Selain bola sepak, sukan lain yang banyak mempunyai acara di bahagian live ini termasuklah Ping Pong, Bola Keranjang dan Bola Tampar. Akan tetapi, anda dapat menikmati lebih daripada 10 sukan lain, serta acara e-sukan yang banyak.

Kebarangkalian Yang Pasti Menguntungkan Anda

Megapari menyediakan hanya satu sistem kebarangkalian di papan mereka iaitu sistem kebarangkalian Malaysia.  Kebarangkalian di papan utama ini menyesuaikan diri kepada lokasi anda dan jika anda berada di Malaysia, maka sistem kebarangkalian Malaysia akan terpapar. Ini menjadikannya amat mudah untuk anda kerana tidak perlu bertukar-tukar jenis kebarangkalian. 

Kebarangkalian di sini memang boleh dipercayai, dan ia ditentukan oleh pakar pertaruhan dibantu oleh perisian komputer yang menentukan kebarangkalian yang paling tepat berdasarkan maklumat beribu-ribu perlawanan sebelum ini.

Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM500

Versi App Disediakan Untuk Telefon Bimbit Android

Pertaruhan sukan seharusnya boleh dilakukan di dalam telefon bimbit. Mujurnya pihak bookie Megapari telahpun menyediakan versi app untuk Android. Anda boleh memuat turun versi app ini dengan memilih ikon yang berbentuk seperti telefon bimbit di sebelah atas laman utama. 

Dengan adanya versi mudah alih ini, anda tidak lagi perlu risau sama ada anda akan terlepas peluang untuk bertaruh, terutamanya untuk pertaruhan live. Kini anda boleh bertaruh di hadapan skrin TV anda ataupun di mana jua selain daripada komputer anda. 

Bahagian Keputusan dan Statistik Untuk Membantu Anda 

Sebagai penjudi, anda tentu memerlukan maklumat tertentu untuk membantu anda membuat keputusan berkenaan pertaruhan yang akan dibuat. Di kasino Megapari, terdapat dua bahagian yang boleh menjadi panduan anda. Yang pertama adalah laman keputusan dan yang kedua bahagian statistik.

Di laman keputusan, anda boleh melihat dengan sekilas pandang semua keputusan untuk sukan dan acara pilihan anda. Keputusan ini merangkumi bahagian pre-bet dan juga live. Megapari menyimpan keputusan acara sehingga beberapa tahun yang lepas jadi jika anda mahu membuat perbandingan, anda boleh membuat demikian dengan mudah di sini. 

Selain itu, terdapat juga bahagian statistik yang memberikan perincian setiap perlawanan yang popular. Di sini anda dapat melihat maklumat selain daripada keputusan, seperti siapa penjaring gol, bilangan gol pada separuh masa pertama dan sebagainya.

Bonus Pertaruhan Sukan Setiap Hari

Setiap penjudi yang mula bertaruh di mana-mana laman pertaruhan sukan sudah tentu inginkan bonus untuk membantu strategi mereka. Di kasino Megapari, pelbagai bonus telahpun disediakan untuk kegunaan anda. 

Antara bonus yang boleh digunakan pada pertama kali adalah bonus deposit pertama yang boleh dilihat di pautan ‘First Deposit’. Setelah anda mendaftarkan diri,anda kemudiannya boleh menuntut bonus 100% sehingga RM500 ini. 

Selain daripada bonus deposit pertama, terdapat juga program cashback mingguan, accumulator harian, bonus Advancebet dan bonus untuk siri pertaruhan yang anda kalah. Di laman pertaruhan sukan Megapari, anda harus memastikan bahawa bonus yang anda tuntut itu boleh digunakan untuk pertaruhan sukan, kerana ada jenis bonus yang dikhaskan untuk permainan sot dan kasino.

Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM500 megapari

Megapari Program Cashback VIP Bagi Penjudi Yang Setia

Program VIP untuk penjudi setia di laman bookie Megapari ini mengambil bentuk cashback, iaitu anda akan menerima sebahagian kecil daripada pertaruhan anda balik. Cashback ini dikira mengikut jumlah wang yang anda pertaruhkan, tanpa mengira sama ada pertaruhan itu menang atau kalah. 

Program VIP di laman pertaruhan sukan Megapari mempunyai 8 tahap yang berbeza. Dengan pertaruhan pertama anda akan terus disertakan ke dalam program VIP secara otomatik, iaitu di tahap Tembaga (Copper), tahap terendah. Semakin banyak yang anda pertaruhkan, semakin tinggi tahap VIP yang boleh anda capai, dan semakin tinggi peratus cashback yang boleh anda terima.

Penjudi yang mencapai tahap tinggi dalam program VIP boleh menikmati pelbagai kelebihan di samping cashback. Ini termasuklah sokongan VIP dan tawaran istimewa.

Megapari Menawarkan Pengurusan Kewangan Pantas

Megapari menyediakan hampir dua puluh saluran pembayaran deposit, dan menerima hampir 30 jenis mata wang kripto. Antara saluran pembayaran deposit yang boleh digunakan oleh penjudi dari Malaysia termasuklah Skrill, WebMoney, ecoPayz, dan Neteller. Di samping itu, anda juga boleh membayar menggunakan mata wang kripto seperti Bitcoin, Dogecoin dan Ethereum.

Jumlah deposit minima adalah RM5 dan tempoh pemprosesan adalah serta merta. Jumlah maksima untuk deposit tidak dinyatakan dan bergantung kepada saluran pembayaran yang anda pilih.

Untuk pengeluaran pula, jumlah saluran adalah hampir sama dengan kaedah pendepositan yang disediakan. Perbezaannya adalah anda boleh mengeluarkan duit ke kad kredit Mastercard dan Visa, serta menggunakan pemindahan bank. 

Pengeluaran minima yang boleh dibuat adalah RM10 dan tempoh pemprosesan adalah dalam 15 minit untuk semua kaedah pengeluaran, kecuali kad kredit. Pengeluaran ke kad kredit boleh mengambil sehingga 7 hari. Tiada jumlah maksima pengeluaran yang dinyatakan kerana ini bergantung kepada kaedah pengeluaran yang anda pilih. 

Penjudi Mendapat Sokongan Pelanggan Dalam 3 Cara

Untuk mereka yang berkunjung ke laman pertaruhan sukan Megapari, mereka akan menemui kotak perbualan di laman utama. Ianya mengambil bentuk belon kata-kata dalam kotak pink. Jika anda memilih ikon ini anda boleh berbicara dengan staf Megapari yang merupakan manusia sebenar. 

Akan tetapi, staf sokongan di sini tidak bertugas 24 jam sehari. Mereka hanya ada dari pukul 5 petang hingga 5 pagi waktu Malaysia setiap hari. Staf sokongan juga tidak menawarkan sokongan dalam Bahasa Malaysia, dan hanya dalam Bahasa Inggeris.

Selain daripada kotak chat ini, anda juga boleh menghantar emel kepada dua alamat emel yang disediakan, iaitu untuk isu teknikal dan keselamatan.  Terdapat juga borang maklum balas di laman ‘Contacts’ yang boleh anda gunakan.

Rekabentuk Yang Ringkas Tapi Padat

Laman Megapari mempunyai rekabentuk yang ringkas, tetapi semua maklumat dan pautan penting dapat ditemui dalam satu laman. Laman pertaruhan sukan utama dipenuhi dengan papan kebarangkalian, dengan jenis sukan disenaraikan di bahagian kiri. Di bahagian kanan pula anda boleh melihat slip pertaruhan anda. Semua pilihan jenis dan pilihan pertaruhan berlainan juga disenaraikan dengan jelas. 

Untuk bahagian live pula, terdapat bahagian Multi-Live yang merupakan pelantar di mana anda boleh mengumpulkan kebarangkalian semua acara yang anda pertaruhkan ataupun acara yang anda minati dan ingin ikuti. 

Keselamatan Anda Dilindungi Pihak Megapari

Sebagai laman bookie yang ingin menarik penjudi dari seluruh dunia, Megapari sudahpun mengambil inisiatif untuk memastika bahawa keselamatan anda dilindungi. Anda boleh membaca dasar keselamatan data peribadi yang terdapat di bahagian terma dan syarat. 

Secara ringkasnya, mereka berjanji akan melindungi maklumat peribadi anda melalui penyulitan SSL daripada penggodam. Selain itu, maklumat anda tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak luar dan hanya digunakan untuk tujuan pentadbiran. 

Lesen Yang Sah Untuk Menyakinkan Anda

Lesen untuk laman bookmaker Megapari ini datang dari kerajaan Curacao. Lesen ini diberikan kepada ejen biling laman iaitu Orakum N.V.  Lesen yang diberikan oleh Curacao ini dapat menambahkan keyakinan penjudi terhadap tahap kualiti, kesahihan dan ketelusan laman Megapari. Ianya juga sangat bagus untuk reputasi laman ini sebagai laman yang jujur dan boleh dipercayai. 

Megapari Hiburan Tambahan Menambahkan Pengalaman Manis

Selain pertaruhan sukan di Megapari, anda juga dapat menikmati permainan slot video dan permainan kasino video. Terdapat beribu-ribu permainan slot video yang boleh dicuba di sini sehingga anda tidak dapat menghabiskannya. 

Selain itu, terdapat juga saluran kasino secara live, Bingo, Permainan TV, memburu dan memancing, Lotto dan permainan video perjudian Megagames untuk dicuba.

Megapari Casino

Laman Yang Baru Tetapi Lengkap

Bagi sebuah laman pertaruhan sukan yang baru memulakan operasi pada tahun 2019, Megapari sebenarnya sangat lengkap, dari saluran pembayaran yang ditawarkan, sehingga bonus dan jenis sukan yang ada. 

Selagi boleh, anda harus cuba membuat pertaruhan ke atas sukan yang anda minat di sini, kerana ulasan dari penjudi lain pun bagus-bagus belaka, dan di sini anda dapat memeriksa bagaimana sebenarnya kami menulis ulasan kami

Soalan–soalan Lazim

Ya mereka akan memasukkan anda ke dalam program VIP mereka setelah pertaruhan pertama anda, iaitu di tahap terendah (Tembaga).

Untuk kebanyakan kaedah pengeluaran, tempoh pemprosesan adalah 15 minit, kecuali kad kredit yang boleh mengambil sehingga 7 hari.

Bonus tersebut sebanyak 100% sehingga RM500.

Ya mereka menawarkan pertaruhan live di sini.

Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM500

Megapari Butiran

Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM500
4.0
Pilihan Pertaruhan
4.0
Deposit & Pengeluaran
4.0
Bonus & Promosi
4.5
Ciri-ciri Laman
4.1 Penilaian Keseluruhan
Laman Terbaik
22BET

Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM600

1XBet

Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM500

Melbet

Bonus Deposit Pertama 100% Sehingga RM500

Dapatkan Bonus Eksklusif!
Langganilah laman ini dan jadi penjudi pertama untuk menerima tawaran pertaruhan terbaik.
Kami janji tidak akan menghantar spam.
Anda juga boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa sahaja

*Dengan melanggan, anda sahkan bahawa anda berumur 18 tahun ke atas