Pertaruhan Point Spread merupakan satu konsep pertaruhan yang lain daripada yang lain, dan anda boleh mempelajari bagaimana is berfungsi di sini.
Pertaruhan Point Spread merupakan satu konsep pertaruhan yang lain daripada yang lain, dan anda boleh mempelajari bagaimana is berfungsi di sini.
Pertaruhan Point Spread merupakan sejenis konsep pertaruhan alternative di samping pertaruhan outright yang paling mudah dan popular. Dalam pertaruhan outright, para penjudi hanya perlu bertaruh ke atas pasukan yang mereka fikir akan menjadi pemenang sesuatu perlawanan.
Dalam Point Spread, konsep pertaruhan agak rumit berbanding jenis pertaruhan lain, tetapi dalam artikel ini, kami akan menerangkan semua perincian dan memberikan contoh yang baik, jadi setelah membaca panduan kami, anda akan memahaminya dengan baik.
Dalam mana-mana perlawanan sukan profesional, akan terdapat dua pasukan yang akan melawan satu sama lain. Setiap pasukan akan mengumpulkan sejumlah mata tersendiri. Pertaruhan ini merupakan pertaruhan mengenai jurang antara mata kedua-dua pasukan tersebut.
Dalam pertaruhan tersebut, satu pasukan akan menjadi pilihan untuk menang. Mereka dikenali sebagai ‘favorite’ dan satu lagi pasukan dikenali sebagai ‘underdog’ iaitu pasukan yang diramalkan untuk kalah.
Untuk point spread, kedua-dua pasukan akan diberikan nilai nombor yang sama, tetapi untuk pasukan favorite ianya adalah negatif manakala untuk underdog ianya adalah positif.
Jika anda membuat pertaruhan untuk pasukan favorite, pasukan favorite perlu menang melebihi nilai negatif yang diberikan kepada mereka untuk anda dikira menang pertaruhan ini.
Jika anda membuat pertaruhan untuk pasukan underdog, mereka harus menang perlawanan secara terang-terangan ataupun kalah kurang daripada nilai positif untuk anda memenangi point spread.
Proses ini dipanggil ‘covering the spread’ atau menutup spread. Pasukan pilihan dan underdog perlu menutup nilai point spread yang diberikan supaya anda dikira menang.
Semasa anda melihat pertaruhan ini, anda akan perasan dua set nombor. Biasanya ianya akan kelihatan sebegini.
Pasukan | Point Spread | Kebarangkalian |
Manchester United | -3.5 | -110 |
Arsenal | +3.5 | -110 |
Dari paparan sebegini, anda boleh melihat bahawa terdapat nilai point spread dan kebarangkalian. Sebagai penjudi anda boleh memilih sama ada anda ingin bertaruh ke atas Manchester United atau Arsenal.
Di sini, pasukan Manchester United adalah ‘favorite’ atau pasukan yang diramal untuk menang perlawanana. Ini boleh dilihat daripada nilai spread negatif , iaitu -3.5. Jika anda bertaruh ke atas Manchester United, mereka perlu menang lebih daripada 3.5 gol supaya anda dikira menang dan dibayar oleh pihak bookie.
Misalnya, jika pada akhir perlawanan Manchester United menang 5-1 melawan Arsenal, ini bermakna MU mempunyai 4 gol lebih daripada Arsenal. Anda dikira menang kerana 4 adalah melebihi 3.5.
Cara lain untuk menentukan sama ada anda menang bila bertaruh atas pasukan favorite adalah dengan mengambil mata akhir pasukan favorite ini dan menolak nombor point spread. Dalam kes ini, ( 5-3.5 = 1.5). Jika nilainya adalah lebih daripada 0, anda dikira menang pertaruhan.
Akan tetapi, katakan MU hanya menang 3-1 ke atas Arsenal. Kita akan mengira 3-3.5 = -0.5, iaitu berjumlah kurang daripada 0. Anda tidak akan menang pertaruhan ini dan akan hilang pertaruhan asal.
Pasukan underdog adalah pasukan yang tidak diramalkan untuk menang. Jika anda bertaruh ke atas pasukan underdog, dalam kes ini Arsenal, mereka harus menang secara terus, atau kalah kurang daripada nilai point spread supaya anda dikira menang.
Misalnya, dalam kes di mana MU menang ke atas Arsenal 5-1, maka Arsenal kalah 4 gol. Kekalahan 4 gol adalah melebihi 3.5 jadi anda dikira kalah pertaruhan.
Akan tetapi, dalam kes di mana MU hanya menang ke atas Arsenal 3-1, maka Arsenal hanya kalah 2 gol. Kekalahan 2 gol ini kurang daripada spread 3.5, jadi anda dikira memenangi pertaruhan dan layak mengutip bayaran keluar daripada bookie.
Cara lain untuk menentukan sama ada anda menang atau kalah point spread untuk underdog adalah dengan menambah nilai spread kepada mata akhir pasukan underdog. Jumlahnya harus melebih mata pasukan pilihan untuk anda menang. Jika kurang daripada mata pasukan pilihan, anda akan kalah.
Contohnya:
Jika MU lawan Arsenal , 5-1
(Gol Arsenal) + 3.5 = 1 + 3.5 = 4.5
Nilai 4.5 ini adalah kurang daripada 5 jadi anda dikira kalah pertaruhan.
Contoh kedua:
Jika MU lawan Arsenal, 3-1
(Gol Arsenal) +3.5 = 1 +3.5 = 4.5
Nilai 4.5 ini melebihi gold MU iaitu 3, jadi anda dikira menang pertaruhan.
Dalam pertaruhan ini terdapat beberapa konsep tambahan yang perlu anda fahami untuk menjadikan pengalaman pertaruhan anda lebih lancar dan baik.
Hook – Ini merujuk kepada nombor perpuluhan 0.5 yang dilihat di belakang nilai spread. Jika pasukan pilihan atau underdog gagal menutup spread dengan perbezaan 0.5, anda dikatakan kalah sebanyak hook atau ‘lose by the hook’.
Pick’ Em – Kadang-kala dipanggil Pick, ini adalah situasi di mana kedua-dua pasukan mempunyai prestasi yang terlalu dekat sehinnga tiada nilai point spread yang ditentukan. Kemenangan bergantung kepada nasib dan kebarangkalian Moneyline.
Run Line dan Puck Line – Ini merupakan sejenis spread di mana nilainya lebih rendah daripada biasa, dan digunakan untuk sukan dan perlawanan di mana bilangan skor akhir rendah.
Juice – Ini merujuk kepada kebarangkalian yang disenaraikan bersama dengan nilai point spread bagi sesuatu pasukan
Push – Apabila nilai point spread adalah nombor bulat tanpa hook, dan pasukan underdog berjaya menutup nilai spread point ini, maka keputusan dikira seri dan semua pertaruhan dipulangkan.
Jika anda memerhatikan nilai spread bagi mana-mana perlawanan, anda akan perasan bahawa nilainya boleh berubah dari satu hari ke hari yang lain.
Ini merupakan strategi bookie untuk menjadikan pertaruhan lebih adil dan menarik untuk para penjudi. Jika anda perasan bahawa nilai point spread semakin naik, ini menunjukkan bahawa semakin banyak penjudi yang bertaruh ke atas pasukan pilihan.
Jika nilai spread semakin mengecil, ini petanda bahawa kebanyakan penjudi bertaruh ke atas pasukan underdog.
Setiap nilai point spread diikuti dnegan nilai kebarangkalian, yang dikenali sebagai juice. Kebarangkalian ini seringkali ditulis dalam bentuk kebarangkalian Moneyline, yang biasanya bernilai -110. Akan tetapi di papan pertaruhan bookie di Asia, kebarangkalian juga ditulis dalam format Malaysia, Indonesia, Hong Kong dan Perpuluhan.
Cara membaca kebarangkalian ini sama sahaja seperti asalnya. Hanya dalam kes ini ianya menentukan jumlah wang yang akan anda terima jika memenangi pertaruhan.
Pertaruhan point spread merupakan satu peluang untuk penyamaan dua pasukan yang jauh berbeza dari segi prestasi. Pasukan yang lebih lemah diberikan kelebihan manakala pasukan yang lebih kuat dikurangkan kelebihannya. Jenis pertaruhan ini ditawarkan oleh banyak bookie dalam talian yang popular. Pertaruhan sebegini menambahkan keseronokan pertaruhan dan memberikan penjudi lebih pilihan untuk menang melalui strategi dan percubaan. Pertaruhan spread ini sudah tentu boleh menjadi pilihan anda.
Pertaruhan point spread merupakan sisten pertaruhan di mana penjudi dapat bertaruh sama ada pasukan pilihan atau pasukan underdog dapat menutup jurang mata yang ditentukan antara mereka.
Jus bermaksud kebarangkalian untuk sesuatu nilai point spread yang diberikan kepada pasukan tertentu, biasanya ditulis dalam format Moneyline.
Untuk menang, pasukan pilihan atau underdog yang anda bertaruh atas perlu ‘cover’ atau menliputi point spread yang ditentukan bookie.