Ramalan , kebarangkalian dan petua pertaruhan untuk Alexander Volkanovski lwn Max Holloway di UFC 276
Ramalan , kebarangkalian dan petua pertaruhan untuk Alexander Volkanovski lwn Max Holloway di UFC 276
Alexander Volkamovski dan Max Holloway bertemu untuk kali ketiga dan sekali lagi, pertaruhan adalah amat tinggi bagi tali pinggang Featherweight UFC. Volk kini memegang gelaran dalam bahagian ini dan Max ingin menuntutnya. Dorongannya sangat besar, bukan hanya kerana legasinya sebagai peninju Featherweight yang terbaik sedang dipertikaikan, tetapi kerana Blessed mahu membalas demdam kekalahannya yang penuh kontroversi pada pusingan kedua. Di sebelah satu lagi pula, Volkanovski ingin menyingkirkan segala keraguan mengenai keduduaknnya dan menunjukkan bahawa dia lebih baik daripada Holloway. Tambahan pula dia mempunyai rancangan untuk bertemu Charles Oliviera di pusingan gelaran Lightweight. Perlawanan ini boleh dikira yang kedua terpenting dalam UFC 276.
Alexander Volkanovski
Alexander the Great kini sedang menguasai bahagian Featherweight. Dia mempunyai 21 kemenangan terus menerus dan sudahpun berjaya mempertahankan gelarannya tiga kali. Dengan semua kejayaan dan dominasinya, tidak syak lagi mengapa UFC meletakkannya di tempat kedua dalam bahagian lelaki mengikut berat.
Dia merupakan peninju yang serba boleh, yang sangat tangkas dan kerap kali sangat agresif. Volkanovski mengalahkan hampir semua Featherweight yang terkenal dalam bahagian ini. Chad Mendes, Jose Aldo, Holloway dua kali, Brian Ortega dan baru-baru ini Chan Sung Jung, yang dilenyekkan pada UFC 273, memberikan Korean Zombie satu bantaian yang hebat.
Walaubagaimanapun, terdapat bayangan kontroversi iaitu kemenangan dengan keputusan berbelah bahagi melawan Holloway di UFC 251 yang masih memberi kesan terhadap legasinya. Kita boleh katakana dengan kepastian bahawa pada masa itu di bukan lebih baik daripada pemenang lepas. Dengan segala hormatnya, dia mungkin habis dengan baik tetapo Max beraksi dengan lebih baik di tiga pusingan pembukaan.
Max Holloway
Kemenangan terus menerus melawan Calvin Katar dan Yair Rodeiguez merupakan satu ujian yang bagus untuk the Blessed, yang berjaya menunjukkan keperibadiannya melawan dia peninju elit dalam bahagian ini dan berjaya mematahkan kedua-duanya. Ketika melawan Kattar, kami melihat Max yang lama, iaitu memberikan serangan bertubi-tubi yang berjaya melumpuhkan lawannya dengan perlahan. Sementara itu ketika bertemu El Pantera, kami melihatnya mengalami tumbukan bertubi-tubi sebelum menunjukkan aksi yang lebih baik daripada warga Mexico itu.
Kita tidak perlu menulis terlalu banyak tentangnya. Dia juga pernah menang mengalahkan semua nama terbesar dalam bahagian ini dan juga pernah cuba menang taling pinggang interim Lightweight, tetapi kalah kepada Dustin Poirier dalam keputusan sebulat suara.
Walaupun terdapat pihak yang percaya bahawa dia mula hilang rentaknya dan bahawa cara permainnya yang bersifat penyerang menyebabkanny cedera di dagu secara perlahan, aksinya melawan Rodriguez berjaya menyebabkan semua pengkritiknya senyap.
Volkanovski perlu menggunakan capaian tanngannya dan pukulannya yang hebat untuk mengelakkan letusan Holloway. Warga Australia ini perlu beraksi lebih baik dalam menyerang kaki utama lawannya, dan kita telah lihat bahawa Holloway melihat pelan ini dalam pertarungan lepas. Sebenarnya, kami percaya bahawa dia dengan sengaja menerima pertermuan dengan Rodriguez untuk melatih dirinya. Pendapat kami di sini adalah bahawa Holloway akan mendapat kembali tali pinggangnya kerana dia nampaknya amat bagus ketika melawan Kattar dan Rodriguez serta prestasinya ketika pusingan kedua dengan Volk.
Pilihan kami: Holloway