Ramalan, kebarangkalian dan petua pertaruhan untuk Marlon Vera lawan Dominick Cruz di UFC Fight Night
Ramalan, kebarangkalian dan petua pertaruhan untuk Marlon Vera lawan Dominick Cruz di UFC Fight Night
Marlon Vera dan Dominick Cruz merupakan tarikan utama UFC Fight Night yang bakal berlangsung pada 14 Ogos ini. Kedua-dua peninju bamtamweight ini ingin merebut peluang untuk mendapatkan gelaran dalam pertandingan ini. Walaupun Vera tidak pernah mencapai tahap tersebut sebelum ini, Cruz merupakan bekas juara yang ingin kembali dan menang tali pinggang itu sekali lagi sebelum persaraannya. Dia merupakan veteran dalam organisasi ini, sementara Vera belum mencapai puncaknya, dan hanya bermula musim terbaiknya.
Marlon Vera
El Chito mengalami corak kemenangan tiga berturut-turut, mengalahkan Davey Grant, Frankie Edgar dan Rob Font dalam rentak kemenangannya. Dia merupakan antara peninju paling agresif dan tangkas dalam bahagiannya, dan ledakannya sangat mengagumkan, terutamanya ketika dia menangkap lawannya tanpa disedari.
Vera sangat berbahaya ketika dia mencari ritmanya dalam keadaan berdiri dan kombo serta gerakan campurannya boleh menjadi sangat efektif. Tujuh kemenangan KO menjadi bukti dakwaan ini. Akan tetapi ini tidak bermakna bahawa warga Ekuador ini tidak tahu bagaimana menghabiskan sesuatu pusingan di atas tikar. Setakat ini, dia telah mencapai lapan kemenangan melalui peyerahan, dan hanya mempunyai empat kemenangan di mana dia menang melalui keputusan hakim.
Salah satu daripada kemenangannya yang mendapat paling banyak perhatian adalah ke atas Sean O’ Malley di UFC 252, di mana dia mengKO lawannya dalam pusingan pertama. Kekalahan terakhirnya datang ketika dia melawan Jose Also pada Disember 2020, iaitu dalam keputusan sebulat suara. Di samping itu, semua ketujuh kekalahannya adalah melalui keputusan hakim.
Dominick Cruz
Si Dominator merupakan antara nama terbesar dalam UFC. Memang sangat malang bahawa dia telah berehat antara 2016 sehingga 2020, dan kehilangan ritma serta masa. Cruz kalah kepada Cody Garbrandt di UFC 207, menyerahkan tali pinggangnya. Empat tahun selepas itu, dia bertemu Henry Cejudo dalam pusingan gelaran tetapi kalah yang itu juga.
Selepas itu, peninju veteran ini telah kembali kepada asasnya. Dia akan bertemu Casey Kenny dan menang melalui keputusan berbelah bahagi dan selepas itu, Pedro Muhoz yang akan dia kalahkan tanpa apa-apa masalah melalui keputusan sebulat suara.
Cruz telahpun mengalami 16 kemenngan melalui keputusan, dan walaupun dia berumur 36 tahun, tangki minyaknya masih penuh. Apa yang lagi mengagumkan adalah bahawa pergerakan kaki dan gerakannya dalam oktagon masih belum berubah sedikit pun dan Cruz masih kelihatan anggun ketika menyerang dan melepaskan tumbukannya.
Vera merupakan orang muda yang sedang naik secara pantas ketika ini, dan dia merupakan cabaran utama untuk Cruz setelah sekian lama. Kami tidak boleh menafikan perasaan bahawa Chito mungkin akan menghantar Cruz memasuki persaraan ataupun sekurang-kurangnya menghempaskan impiannya untuk merebut gelaran. Vera kelihatan sangat baik ketika ini dan kami perlu memberikannya kelebihan dalam perlawanan ini.
Keputusan kami: Vera menang