Ramalan, Kebarangkalian & Petua Pertaruhan untuk Croatia lwn Belgium | Peringkat Kumpulan, Piala Dunia Qatar 2022
Ramalan, Kebarangkalian & Petua Pertaruhan untuk Croatia lwn Belgium | Peringkat Kumpulan, Piala Dunia Qatar 2022
Croatia dan Belgium bertemu dalam pusingan terakhir Piala Dunia, dan pertembungan mereka akan menentukan pasukan yang mana antara kedua-duanya yang akan meneruskan pengembaraan di Qatar. Buat masa ini, Croatia berada di tempat teratas kumpulan ini dengan empat mata, sama seperti Maghribi, manakala Belgium mempunyai tiga mata. Keadaannya jelas, iaitu Devils perlu menang di sini, manakala Croatia berupaya mara ke Pusingan 16 dengan keputusan seri. Peminat dan pakar bersetuju bahawa ini adalah perlawanan terpenting untuk hari ini, dan oleh itu ianya perlu diberi liputan.
Croatia
Selepas permulaan hambar menentang Tunisia dan seri tanpa jaringan, Croat membuka perlawanan menentang Kanada dengan lebih buruk, membernarkan gol pada minit kedua acara itu. Walaubagaimanapun, pasukan Croat menunjukkan mentaliti dan pengalaman mereka dengan mengubah keadaan sehingga separuh masa.
45 minit kedua adalah rutin untuk naib juara Piala Dunia ini. Dua lagi jaringan gol Kanada, bersama-sama dengan pendekatan rutin, menunjukkan bahawa Croatia masih kekal antara pasukan terbaik di dunia.
Ini adalah acara kelapan berturut-turut untuk Croatia di mana mereka belum tewas, memenangi enam pertemuan sepanjang tempoh itu dan mencatatkan dua seri. Lima daripada perlawanan itu adalah dengan bilangan gol di bawah 2.5.
Belgium
Belgium yang merupakan salah satu calon terbaik untuk gelaran Piala Dunia sebelum permulaan kejohanan ini gagagl menunjukkan apa-apa kelainan. Selain itu, kesepakatan di dalam bilik persalinan kelihatan hancur, dengan pelbagai komen yang dikeluarkan oleh para pemain, terutamanya kenyataan De Bruyne tentang pasukannya yang “sudah tua.”
Belgium dihancurkan ketika menentang Maghribi, di mana mereka gagal mencipta satu serangan yang baik mahupun mengawal tempo dan rentak permainan. Eden Hazard beraksi biasa-biasa sahaja, dan Batshuayi boleh dikatakan beraksi di tahap yang tidak masuk akal. Dia seorang mungkin menjadi sebab utama mengapa pasukan ini tidak boleh menjadi lebih berbahaya dalam penyerangan.
Prestasi pasukan Devils telah merosot dalam satu tahun lepas atau lebih. Perlawanan ini sama ada akan membuktikannya atau mencipta peluang untuk mereka menebus diri mereka untuk semua perkara buruk yang telah berlaku pada masa lalu.
Croatia: Livakovic; Juranovic, Lovren, Gvardiol, Sosa; Modric, Brozovic, Kovacic; Kramaric, Livaja, Perisic
Belgium: Courtois; Alderweireld, Vertonghen, Dendoncker; Meunier, Onana, Witsel, T. Hazard; De Bruyne, Trossard; Lukaku
Perlawanan terakhir antara kedua-dua pasukan ini adalah pada musim panas lalu, iaitu semasa perlawanan persahabatan sebelum permulaan EURO, dan Belgium menang ketika itu, 1-0.
Rentak permainan berada di pihak Croatia, manakala Belgium tidak mempunyai apa-apa untuk dihilangkan, dan itulah sebabnya kami menjangkakan untuk melihat perlawanan terbuka dan bertenaga. 2.5 gol kami adalah pilihan pertama kami kerana tiada ruang untuk Belgium berkira.
Keputusan kami: Lebih 2.5 gol