Kebarangkalian Indonesia merupakan antara kebarangkalian yang sangat biasa ditemui di laman pertaruhan sukan. Ketahui semua tentangnya dari panduan ini.
Kebarangkalian Indonesia merupakan antara kebarangkalian yang sangat biasa ditemui di laman pertaruhan sukan. Ketahui semua tentangnya dari panduan ini.
Terdapat beberapa jenis sistem kebarangkalian pertaruhan yang biasanya digunakan di benua Asia di kalangan peminat pertaruhan sukan. Antara sistem yang paling dikenali adalah sistem kebarangkalian Malaysia, Indonesia dan Hong Kong.
Walaupun mempunyai nama yang dikaitkan dengan negara Indonesia, sistem kebarangkalian ini sebenarnya hadir di seluruh dunia dan digunakan dengan meluas. Ianya tidak terhad kepada negara Indonesia dan benua Asia semata-mata.
Di Asia Tenggara, terutamanya di kalangan penjudi di Malaysia, sistem Malaysia memang merupakan sistem utama yang digunakan. Walau bagaimanapun, sistem Indonesia juga hadir pada skala yang lebih kecil.
Dalam artikel ini, kita akan melihat bagaimana kebarangkalian Indonesia digunakan dalam pertaruhan sukan harian.
Terdapat banyak kelebihan bagi anda mempelajari sistem pertaruhan Indonesia, antaranya adalah untuk menukarkannya kepada sistem yang anda lebih biasa gunakan, sama ada sistem perpuluhan ataupun sistem kebarangkalian Malaysia.
Kebarangkalian Indonesia (Indonesian Odds) merupakan kombinasi dua sistem kebarangkalian, iaitu kebarangkalian Amerika (Moneyline) dan juga kebarangkalian Malaysia.
Sebenarnya, kebarangkalian ini, yang juga dikenali sebagai Indo odds adalah sebiji sama dengan kebarangkalian Amerika tetapi dinyatakan dalam bentuk perpuluhan, Kebarangkalian Amerika biasanya dinyatakan dalam bentuk tiga digit, dengan simbol positif dan negatif.
Simbol positif dan negatif juga digunakan dalam kebarangkalian Indonesia dan ianya digunakan sama seperti kebarangkalian Amerika dan bukannya dengan cara kebarangkalian Malaysia. Berikut merupakan rajah untuk membandingkan ketiga-tiga sistem kebarangkalian ini:
Kebarangkalian | Amerika | Indonesia | Malaysia |
Manchester City | -250 | -2.5 | +0.40 |
Aston Villa | +400 | +4.0 | -0.25 |
Dalam sistem Amerika, simbol negatif (-) biasanya diberikan kepada pasukan atau atlit pilihan, iaitu pihak yang dijangka akan menang. Simbol positif (+) pula diberikan kepada pihak underdog, iaitu pasukan atau atlit yang tidak dijangka untuk menang. Penggunaan simbol sebegini adalah sama juga untuk kebarangkalian Indonesia.
Penggunaan simbol positif dan negatif ini adalah bertentangan dengan sistem Malaysia, di mana simbol positif digunakan pada pasukan pilihan dan negatif untuk pasukan underdog.
Terdapat dua jenis kebarangkalian Indonesia, iaitu positif dan negatif. Bagi kebarangkalian yang membayar jumlah yang lebih tinggi, ianya mempunyai simbol positif. Bagi kebarangkalian sebegini yang bernilai positif, biasanya ia tidak mempunyai apa-apa simbol di hadapannya. Kadang-kala ia mungkin mempunyai simbol + tetapi ini tidak wajib.
Bagi kebarangkalian yang membayar nilai yang lebih rendah, ianya diberikan simbol negatif iaitu (-). Bagi kebarangkalian yang bernilai negatif, anda sentiasa perlu menngunakan simbol ini di hadapannya.
Kebarangkalian Indonesia yang bernilai positif lebih senang untuk dikira, Ia bermakna bahawa untuk setiap unit yang dipertaruhkan anda akan menang bilangan kali nilai kebarangkalian yang dinyatakan.
Contohnya, daripada rajah di atas, kebarangkalian untuk Aston Villa adalah 4.00. Jadi untuk setiap unit yang anda pertaruhkan, anda akan menang 4.00 unit jika Aston Villa menang. Jika ditambahkan dengan pertaruhan asal, anda akan mendapat 4.00 + 1 = 5.
Untuk mengira keuntungan anda menggunakan kebarangkalian Indonesia positif, anda hanya perlu mendarabkan nilai positif ini dengan jumlah pertaruhan anda. Contohnya, jika anda mempertaruhkan RM100 ke atas Aston Villa, keuntungan anda adalah
Aston Villa : + 4.00
Keuntungan : RM100 x 4.00 = RM400
Jikalau kita menambahkan dengan pertaruhan asal, anda akan menerima RM400+ RM100 = RM500 daripada bookie jika Aston Villa memenangi perlawanan ini.
Anda perlu ingat bahawa di sini, kebarangkalian positif bermakna bahawa atlit atau pasukan ini adalah underdog, iaitu berkemungkinan lebih rendah untuk menang.
Cara pengiraan untuk kebarangkalian Indonesia yang negatif memerlukan pengiraan yang rumit sedikit berbanding nilai kebarangkalian positif. Dari segi logiknya, nilai kebarangkalian negatif adalah jumlah unit yang perlu dipertaruhkan untuk memenangi 1 unit.
Ini adalah sama seperti nilai kebarangkalian Amerika negatif, yang mewakili jumlah wang yang perlu dipertaruhkan untuk memenangi $100.
Maka daripada contoh di atas, jika Manchester City mempunyai kebarangkalian -2.5 maka untuk mengira keuntungan anda, anda harus mengambil nilai pertaruhan asal anda dan bahagikan dengan nilai 2.5. Katakan anda mempertaruhkan RM100, maka keuntungan anda adalah:
Manchester City : -2.5
Keuntungan : RM100 x (1/2.5) = RM100/2.5 = RM40
Jadi jumlah wang yang akan anda terima adalah RM40 tambah dengan pertaruhan asal anda iaitu RM100. Bookie akan membayar anda RM140 jika Manchester City memenangi perlawanan ini.
Proses menukarkan kebarangkalian Indonesia kepada kebarangkalian perpuluhan yang biasanya digunakan di Eropah adalah sangat senang, terutamanya untuk kebarangkalian positif.
Bagi kebarangkalian positif, ambil nombor tersebut dan buangkan simbol positif, kemudian tambah dengan satu.
Bagi kebarangkalian negatif pula, anda harus membuang nilai negatif. Kemudiannya anda mengambil nombor satu dan bahagikan dengan nilai yang ada, kemudian tambahkan hasilnya dengan nombor satu.
Manchester City : -2.5
Kebarangkalian perpuluhan : (1/2.5) + 1 = 0.4 +1 = 1.4
Aston Villa: +4.0
Kebarangkalian perpuluhan: (4 +1) =5
Maka kebarangkalian perpuluhan bagi acara ini adalah:
Manchester City: 1.4
Aston Villa: 5
Cara menukarkan kebarangkalian Indonesia ini sama sahaja seperti proses pengiraan keuntungan dan jumlah bayaran kemenangan.
Semakin banyak sistem kebarangkalian yang anda fahami, semakin licin dan mudah proses pertaruhan anda. Anda mungkin menjumpai laman pertaruhan yang anda suka, tetapi mereka tidak mempunyai kebarangkalian yang anda biasa. Jika anda mengetahui bagaimana mentafsirkan kebarangkalian yang disediakan, anda mempunyai kurang satu masalah di situ.
Kebarangkalian Indonesia merupakan satu sistem yang amat menarik kerana walaupun ianya digunakan dengan meluas di seluruh dunia, negara Indonesia sendiri tidak membenarkan pertaruhan sukan dari segi undang-undang, jadi sistem ini sebenarnya tidak berapa digunakan dalam dunia sebenar.
Walaubagaimanapun, ianya merupakan satu sistem kebarangkalian yang sangat popular di tempat selain Asia, terutamanya di papan yang mempunyai banyak pertaruhan even dan odd.
Kebarangkalian Indonesia juga dikenali sebagai Indo odds, dan merupakan kebarangkalian yang sama dengan kebarangkalian Amerika, tetapi ditulis dalam bentuk perpuluhan.
Ya, kebarangkalian Indonesia lebih popular di laman pertaruhan antarabangsa berbanding di Indonesia sendiri, di mana aktiviti pertaruhan sukan adalah haram di sisi undang-undang.
Untuk kebarangkalian negatif, buang simbol negatif, bahagikan 1 dengan nombor tersebut, kemudian tambah satu. Bagi kebarangkalian positif, tambahkan nombor satu kepada nilai tersebut sahaja.