Mari Memahami Kebarangkalian Perpuluhan (Decimal Odds)

Kebarangkalian perpuluhan merupakan kebarangkalian paling popular di dunia. Ini kerana ianya amat mudah difahami, jadi marilah mempelajarinya.

Dalam dunia pertaruhan sukan, kabarangkalian memang merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan. Kebarangkalian Pertaruhan Sukan menggambarkan berapa banyak yang anda mampu untung jika menang. Selain itu, ianya  juga melambangkan kemungkinan untuk sesuatu pasukan itu memenangi perlawanan atau sesuatu peristiwa itu terjadi dalam sesuatu acara.

Kebarangkalian boleh ditulis dan dinyatakan dalam pelbagai bentuk bernombor. Antara bentuk yang paling popular adalah kebarangkalian perpuluhan (Decimal Odds), Moneyline dan pecahan. Terdapat juga bentuk lain yang merupakan terbitan daripada bentuk yang dinyatakan ini. 

Bagi penjudi dari serata dunia, kebanyakannya lebih suka kepada sistem kebarangkalian yang mudah dibaca dan difahami. Mereka juga lebih cenderung memilih bentuk kebarangkalian yang tidak memerlukan banyak pengiraan.  Atas sebab-sebab ini, kebarangkalian perpuluhan merupakan bentuk kebarangkalian yang paling popular di kalangan tukang taruh. 

Laman pertaruhan sukan terbaik di Malaysia 2024

Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM588
4.6
Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM500
4.5

Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM620

4.5
Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM500
4.4
Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM300
4.4
Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM300
4.4
Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM500
4.4
Bonus Deposit Pertama 100% Sehingga RM500
4.4
Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM500
4.4
Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM500
4.4

Bonus Selamat Datang 120% sehingga RM1000

4.4
Bonus Selamat Datang 138% sehingga RM299
4.4
Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM500
4.1
Pelbagai pilihan pertaruhan
3.8

Apa itu Kebarangkalian Perpuluhan (Decimal Odds)?

Seperti yang kita fahami daripada namanya, kebarangkalian perpuluhan dinyatakan dalam bentuk perpuluhan, biasanya dengan dua tempat perpuluhan.Kebarangkalian ini paling sering digunakan di kedai pertaruhan di seluruh Eropah, serta di kebanyakan laman pertaruhan sukan dalam talian.  Inilah kebarangkalian ‘default’ yang anda akan sering kali nampak di papan utama laman pertaruhan sukan di seluruh dunia. 

Oleh kerana ianya berasal dari Eropah,  ianya juga dikenali sebagai kebarangkalian Eropah, kebarangkalian digital dan kebarangkalian Continental. Selain di Eropah, kebarangkalian ini juga digunakan dengan meluas di Australia, Kanada dan New Zealand. 

Cara pengiraan bagi kebarangkalian perpuluhan adalah antara yang paling mudah di kalangan kesemua bentuk kebarangkalian yang digunakan hari ini. Oleh itu, anda boleh menganggarkan jumlah pembayaran keluar dengan serta-merta. 

Kebarangkalian perpuluhan

Bagaimana Kebarangkalian Perpuluhan Berfungsi Dalam Pertaruhan Sukan?

Kebarangkalian perpuluhan melambangkan keseluruhan bayaran keluar yang akan anda terima jika memenangi pertaruhan tersebut. Jumlah pertaruhan asal anda dilambangkan dengan nilai 1 dan keuntungan dilambangkan oleh nilai perpuluhan itu, tolak 1. 

Contohnya, jika terdapat dua pasukan dalam sesuatu perlawanan, kebarangkalian perpuluhan (Decimal Odds) mereka akan ditulis sebegini.

Everton- 1.80

Leeds United- 3.50

Jadi, daripada nilai kebarangkalian yang dipaparkan ini, anda bolehlah membuat kesimpulan bahawa bagi setiap RM1 yang dipertaruhkan ke atas Everton, anda akan dibayar RM1.80 jika Everton menang. 

Manakala bagi Leeds United, anda akan dibayar sejumlah RM3.50 bagi setiap RM1 yang anda pertaruhkan jika Leeds United menang perlawanan ini. 

Daripada kedua-dua nilai yang diberikan dalam contoh ini, anda boleh melihat bahawa ianya melambangkan jumlah wang yang anda akan dapat jika menang. Jumlah ini termasuklah pertaruhan asal anda berserta keuntungan yang anda dapat. 

Cara Pengiraan Bayaran Keluar Kebarangkalian Perpuluhan

Mari kita lihat bagaimana untuk mengira jumlah bayaran yang akan anda terima dahulu. Menggunakan contoh di atas:

Everton- 1.80

Leeds United- 3.50

Kita akan menganggap bahawa kita membuat pertaruhan ke atas Everton sebanyak RM 200. Maka cara pengiraannya adalah

RM200 x 1.80 = RM360

Jadi anda akan terima sejumlah RM360 jika Everton menang. Daripada jumlah ini, RM200 adalah pertaruhan asal anda manakala selebihnya, RM 160 adalah keuntungan bersih.  

Oleh kerana nilai pertaruhan asal dilambangkan oleh nombor 1, maka keuntungan bersih boleh juga dikira dengan formula berikut:

Everton- 1.80

1.80- 1.00 = 0.80 (nilai keuntungan bersih)

0.80 x RM200 = RM160

Jadi dengan ini, anda bolehlah mengira keuntungan bersih bagi setiap kebarangkalian dengan menolak nilai 1 daripada nilai kebarangkalian dan darabkan dengan jumlah pertaruhan anda. 

Bagi contoh yang lagi satu, kita juga boleh mengira pembayaran keluar dengan mudah. Dengan menganggap bahawa pertaruhan kita berjumlah RM200, maka:

Leeds United- 3.50

Jumlah bayaran : 3.50 x RM200 = RM700

Keuntungan bersih: 3.50 – 1.00 = 2.50 x RM200 = RM500

Daripada kedua –dua nilai bayaran keluar ini, kita juga boleh membuat kesimpulan lain. Kesimpulan ini adalah mengenai pasukan mana yang diramalkan akan menang. Dalam contoh yang diberikan ini, 

Everton- 1.80

Leeds United- 3.50

Selalunya pasukan dengan kebarangkalian lebih rendah dijangka memenangi acara tersebut, manakala pasukan dengan kebarangkalian lebih tinggi adalah ‘underdog’. Dalam contoh ini, Everton diramalkan akan menang, dan bayaran keluar anda adalah lebih rendah berbanding jika Leeds United menang. 

Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM500

Kelebihan Kebarangkalian Perpuluhan (Decimal Odds)

Penggunaan kebarangkalian perpuluhan (Decimal Odds) mempunyai banyak kelebihan dalam pertaruhan sukan. Oleh sebab itu, ianya merupakan kebarangkalian yang paling biasa digunakan dalam laman pertaruhan sukan antarabangsa, terutamanya jika dibandingkan dengan kebarangkalian pecahan atau Monelyline. Inilah kebaikan kebarangkalian perpuluhan:

Sangat senang difahami

Dengan kebarangkalian ini,, anda boleh membuat beberapa kesimpulan dengan sekilas pandang sahaja. Jika anda diberikan dua kebarangkalian pecahan, contohnya 8/9 dan 4/7, anda memerlukan sedikit masa untuk mengira dan memahami kebarangkalian mana yang lebih besar keuntungannya. 

Akan tetapi, jika diberikan dua kebarangkalian perpuluhan seperti 2.50 dan 1.20, anda boleh tahu serta merta bahawa pasukan dengan kebarangkalian 2.50 membawa jumlah keuntungan yang lebih besar.

Lebih fleksibel dan lebih pilihan

Ciri kebarangkalian perpuluhan ini sangat berguna untuk pertukaran pertaruhan (Betting Exchange) di mana kebarangkalian boleh ditentukan sehingga dua tempat perpuluhan. Anda juga boleh meminta pertambahan atau pengurangan kebarangkalian kepada pencadang kebarangkalian backing atau lay. Contohnya, jika anda mahu, anda boleh membuat lay atau backing 2.10, 2.11, 2.13 jika tidak dapat mencari kebarangkalian yang anda suka.

Lebih senang dikira

Dengan kebarangkalian perpuluhan, anda boleh mengira jumlah bayaran dengan satu langkah sahaja, bukan macam Moneyline dan pecahan. Ini dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga anda, terumtamanya semasa pertaruhan langsung di mana anda tidak mempunyai banyak masa untuk membuat keputusan. 

Digunakan di merata-rata tempat

Hampir semua laman pertaruhan dalam talian hari ini menyediakan kebarangkalian perpuluhan. Kebanyakannya juga menggunakan kebarangkalian ini sebagai ‘default’ jadi anda boleh terus bermain dengan hanya mempelajarinya. 

Kebarangkalian Perpuluhan Direka Untuk Dunia Moden

Pada masa kini, lebih ramai orang diberikan peluang untuk membuat pertaruhan sukan kerana wujudnya laman pertaruhan dalam talian. Oleh itu, kebarangkalian yang dipaparkan juga harus lebih mesra pengguna. Di sinilah peranan kebarangkalian perpuluhan penting, kerana ianya satu bentuk kebarangkalian yang sangat mudah bagi orang ramai fahami dan gunakan. Tidak pelik jika kebarangkalian ini menjadi bentuk kebarangkalian utama yang digunakan pada masa hadapan, tertutamanya di dalam talian. 

Soalan-soalan Lazim

Ianya berasal dari Eropah dan popular juga di Kanada, Australia dan New Zealand.

Darabkan saja kebarangkalian itu dengan jumlah pertaruhan anda.

Ianya popular kerana mudah difahami dan mudah dikira.

Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM500
Paparan Terbaru
Laman Terbaik
22BET

Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM620

1XBet

Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM500

Melbet

Bonus Deposit Pertama 100% Sehingga RM500

Dapatkan Bonus Eksklusif!
Langganilah laman ini dan jadi penjudi pertama untuk menerima tawaran pertaruhan terbaik.
Kami janji tidak akan menghantar spam.
Anda juga boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa sahaja

*Dengan melanggan, anda sahkan bahawa anda berumur 18 tahun ke atas