Pertaruhan lumba kuda merupakan antara aktiviti perjudian yang diterima di Malaysia. Pelajarilah maklumat asas mengenainya di sini.
Pertaruhan lumba kuda merupakan antara aktiviti perjudian yang diterima di Malaysia. Pelajarilah maklumat asas mengenainya di sini.
Pertaruhan lumba kuda mendapat tempat istimewa di Malaysia. Ini kerana ianya satu-satunya sukan di mana anda boleh bertaruh secara sah dari segi undang-undang. Jika anda seorang rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, anda dibenarkan membuat pertaruhan lumba kuda melalui syarikat yang bertauliah.
Terdapat beberapa kelab lumba kuda di Malaysia di beberapa negeri. Persatuan Perlumbaan Malaya ( Malayan Racing Association) merupakan badan yang menyelia operasi dan perlesenan untuk Kelab Lumba Kuda tempatan.
Dari segi undang-undang, anda boleh bertaruh ke atas perlumbaan kuda di bawah agensi yang diluluskan oleh kerajaan. Anda juga mempunyai pilihan untuk bertaruh di laman pertaruhan sukan dalam talian. Laman sebegini jatuh di luar bidang kuasa pihak berkuasa tempatan, jadi lebih sukar untuk dikenakan apa-apa tindakan.
Ramai orang yang bersalah sangka bahawa lumba kuda merupakan satu sukan dengan sejenis perlumbaan sahaja. Sebenarnya, sukan lumba kuda ini mempunyai banyak jenis. Apa yang sering dilihat oleh orang ramai adalah acara di mana kuda-kuda berlari di trek lumba kuda berbentuk bujur. Itu baru sebahagian daripada sukan lumba kuda.
Pada masa ini, terdapat empat jenis perlumbaan kuda yang utama, iaitu:
Flat racing merupakan perlumbaan kuda yang paling biasa dilihat oleh orang umum. Ia melibatkan perlumbaan kuda baka tulen atau thoroughbred untuk jarak pendek, sekitar 1.6km hingga 4.8km ( 1-3 miles). Seperti perlumbaan kuda lain, ianya mempunyai had bilangan kuda sebanyak 14 dan setiap kuda ditunggang oleh seorang joki.
Perlumbaan sebegini melibatkan kuda yang lebih muda, sekitar 3-5 tahun dan menguji kepantasan mereka. Kuda yang berlumba di sini boleh mencapai kelajuan sehingga 64km/j.
Perlumbaan Lompatan hampir sama dengan Flat Racing. Perkara utama yang berbeza adalah bahawa kuda yang bertanding di sini perlu melompat melepasi halangan di sekitar balapan. Halangan ini boleh mengambil pelbagai bentuk, seperti pagar ataupun parit.
Perlumbaan lompatan sangat popular di UK, Perancis dan Ireland. Terdapat dua jenis perlumbaan lompatan utama iaitu Perlumbaan Steeplechase dan Perlumbaan Rintangan. Bagi Perlumbaan Rintangan, kuda-kuda tersebut hanya perlu melepasi halangan yang bebentuk pagar rintangan manakala untuk Perlumbaan Steeplechase, mereka perlu melepas pelbagai bentuk halangan termasuk parit, lopak air, dan pagar.
Dalam perlumbaan Harness, kuda akan menarik sejenis kereta sorong yang dikenali sebagai Sulky. Ini merupakan sejenis kereta sorong dengan dua roda. Joki kuda akan duduk di dalam Sulky ini dan dalam keadaan ini, dia akan dikenali sebagai pemandu.
Perlumbaan Harness ini tidak sepantas perlumbaan flat racing. Di sini, kuda harus menampung berat yang lebih daripada dirinya dan joki. Kuda dikehendaki trot atau pace pada kelajuan yang ditetapkan, dan pemenang bukanlah pemandu dan kuda yang terpantas, tetapi yang paling mahir menggerakkan Sulky serta tidak mengubah cara pergerakan pace dan trot. Bagi perlumbaan Harness, baka kuda yang paling biasa digunakan adalah Standardbred
Perlumbaan jenis ini menguji ketahanan fizikal seekor kuda dalam satu trek perlumbaan yang sangat panjang, ada sehingga 100km dan ke atas. Kelajuan kuda bukan perkara utama dalam perlumbaan sebegini, kerana ianya lebih menekankan kepada stamina kuda tersebut.
Perlumbaan jenis ini tidak begitu popular di Malaysia kerana cabaran menemui trek yang sesuai untuk perlumbaan yang sangat jauh dan panjang. Selain itu, cuaca Malaysia yang panas dan lembap menyukarkan kerja joki dan kesihatan kuda-kuda yang terlibat.
Terdapat beberapa sudut yang boleh menjadi poin pertaruhan, terutamanya oleh laman pertaruhan sukan dalam talian. Antaranya, anda boleh bertaruh ke atas:
Ini menjadikan sukan ini lebih kepada pengendali kuda manusia. Anda boleh bertaruh ke atas joki mana yang akan berjaya menunggang kudanya untuk mencapai tempat pertama ataupun ranking dalam top 5. Begitu juga dengan jurulatih kuda.
Dalam sesuatu perlumbaan, pertaruhan bukan hanya dihadkan kepada kedudukan kuda, iaitu tempat pertama, kedua dan sebagainya. Ianya juga boleh dibuat ke atas kelajuan yang dicapai oleh seekor kuda. Kelajuan ini dikira berdasarkan masa yang diambil untuk menghabiskan perlumbaan, factor angin, keadaan trek dan banyak lagi.
Inilah sudut pertaruhan yang paling biasa ditemui, iaitu anda bertaruh ke atas turutan kuda melepasi garisan penamat dalam sesuatu kedudukan. Terdapat banyak jenis pertaruhan yang boleh dibuat hanya ke atas kedudukan kuda melepasi garisan penamat, yang akan kita lihat dalam bahagian seterusnya.
Kebanyakan jenis pertaruhan yang boleh anda buat bergantung kepada keputusan kedudukan kuda, iaitu pertama, kedua, ketiga dan selebihnya. Semua pertaruhan boleh digolongkan dalam kumpulan-kumpulan tertentu. Berikut merupakan golongan-golongan jenis pertaruhan, dan cirri-ciri pertaruhan di dalamnya:
Pertaruhan ke atas satu kuda sahaja sebagai pemenang keseluruhan perlumbaan. Jika kuda pilihan anda memenangi pertaruhan anda.
Pilih hanya satu kuda dan kuda anda haruslah menghabiskan perlumbaan dalam keduduakn pertama atau kedua untuk anda memenangi pertaruhan tersebut.
Seperti biasa, anda hanya boleh memilih satu kuda sahaja dan ianya perlu menghabiskan perlumbaan dalam kedudukan pertama, kedua atau ketiga supaya anda bole menang.
Pertaruhan eksotik bermaksud kombinasi beberapa pertaruhan asas. Antara yang biasa ditemui adalah yang berikut:
Pertaruhan ke atas dua kuda, iaitu kuda yang akan menghabiskan perlumbaan dalam kedudukan pertama dan kedudukan kedua dalam turutan yang betul. Jika kedua-dua pilihan anda kena, anda boleh memenangi pertaruhan itu.
Pertaruhan ke atas dua ekor kuda yang akan menamatkan perlumbaan dalam kedudukan pertama dan kedua. Turutan tidak penting asalkan kedua-dua kuda pilihan anda ada di kedudukan dua teratas.
Pertaruhan yang sama seperti Quinella tetapi melibatkan 3 ekor kuda yang menamatkan perlumbaan dalam kedudukan tiga teratas, tanpa mengira kedudukan.
Pertaruhan ke atas 4 ekor kuda untuk menamatkan perlumbaan dalam kedudukan 4 teratas dalam mana-mana urutan.
Pemilihan 5 ekor kuda untuk menduduki lima tempat teratas, dengan turutan tidak penting. Asalkan kelima-lima kuda anda masuk, anda dikira menang.
Pertaruhan win, place dan show dalam satu tiket untuk satu kuda sahaja. Jika kuda itu mendapat tempat pertama anda akan mendapat ketiga-tiga bayaran keluar untuk win, place dan show. Jika kuda tersebut mendapat kedudukan kedua, anda akan dibayar untuk place dan show sahaja. Jika kuda pilihan anda mendapat tempat ketiga, anda hanya dibayar untuk pertaruhan show sahaja.
Kombinasi pertaruhan daripada perlumbaan yang berlainan. Anda boleh memilih pertaruhan win untuk lebih daripada satu perlumbaan, atau pertaruhan place dan show juga. Anda juga boleh membuat pertaruhan eksotik untuk beberapa set kuda sekaligus. Seperti biasa, anda harus memenangi semua pertaruhan untuk mendapat bayaran keluar.
Merupakan pertaruhan yang dilakukan ke atas perlumbaan yang belum berlangsung lagi dan akan berlangsung jauh di masa hadapan, seperti tahun berikutnya.
Kebarangkalian perlumbaan kuda ditentukan dengan menggunakan formula yang mengambilkira jumlah wang yang telah dipertaruhkan ke atas satu perlumbaan, jumlah yang dipertaruhkan ke atas kuda individ dan peratusan yang akan disimpan oleh bookie.
Sebelum apa-apa pertaruhan dibuat, kebarangkalian adalah berdasarkan anggaran bookie ke atas peratusan pool pertaruhan yang akan dipertaruhkan ke atas setiap kuda dan ini dikenali sebagai Morning Line.
Apabila pertaruhan mula dilakukan, peratusan dan kebarangkalian untuk setiap kuda akan disesuaikan jika anggaran bookie tidak tepat.
Perubahan kebarangkalian ini bermaksud bahawa kebarangkalian lumba kuda sentiasa berubah. Jadi sebagai penjudi, anda akan dibayar mengikut kebarangkalian di akhir perlumbaan dan bukan ketika anda membuat pertaruhan sebelum perlumbaan bermula.
Dalam pertaruhan sukan lumba kuda, pemilihan kuda yang akan menjadi juara adalah penting. Inilah antara factor yang perlu anda lihat:
Baka kuda – Kuda yang berpotensi tinggi untuk menang adalah kuda yang berketurunan daripada kuda yang pernah menang perlumbaan banyak kali.
Rupa fizikal kuda – Kuda yang sihat dan bertenaga akan mempunyai surai, leher dan badan yang sihat, bersinar, besar dan berotot. Kuda juga haruslah kelihatan yakin dan berdisiplin. Pergerakan yang mencerminkan kegusaran melambangkan kuda yang kurang baik.
Mempunyai kelas dan rating figure yang bagus – Seekor kuda yang boleh diharapkan untuk menang akan lebih konsisten dan boleh mengekalkan kelas dan angka ratingnya.
Untuk meningkatkan kemungkinan anda untuk menang, anda bolehlah mengamalkan tips-tips berikut:
Ikutilah laporan Going – Laporan Going bermaksud keadaan trek sebelum sesuatu perlumbaan yang boleh mempengaruhi prestasi setiap kuda yang terlibat.
Cuba gunakan pertaruhan percuma – Pertaruhan percuma boleh wujud dalam pelbagai bentuk, termasuk bonus dan wang pertaruhan promosi. Ini dapat membantu anda dalam membuat pertaruhan percubaan awal.
Bandingkan kebarangkalian – Sentiasa ikuti lebih daripada satu bookie dalam perlumbaan kuda untuk mendapat kebarangkalian yang bernilai paling tinggi dan berkemungkinan menang yang paling tinggi.
Ikuti prestasi kuda – Rating figures untuk setiap kuda pada musim terkini dan sebelumnya penting untuk menentukan faktor apakah yang boleh mempengaruhi kuda tersebut. Simpan rekod prestasi dan keputusan kuda-kuda pilihan anda.
Lumba kuda pasti menonjol dari sukan lain yang boleh anda pertaruhkan. Jika anda mengikutinya dengan turun ke balapan lumba kuda sebenar, anda dapat melihat kuda berlari dengan mata sendiri dan bersorak untuk kuda pilihan anda. Begitu juga jika anda mengikuti perlumbaan kuda secara dalam talian.
Pertaruhan ke atas kuda kini boleh dilakukan dengan lebih senang melalui pelbagai laman pertaruhan sukan yang ada pada hari ini. Terdapat juga di antara laman pertaruhan ini yang menyediakan tayangan langsung perlumbaan kud terkini supaya anda boleh mengikuti keputusan pertaruhan anda.
Biasanya pertaruhan eksotiklah yang mempunyai bayaran keluar dan kemungkinan kemenangan yang tertinggi.
Anda haruslah memilih laman pertaruhan sukan, mendaftar dan membuat deposit pertama untuk mula bertaruh.
Pertaruhan ini dibuat ke atas seekor kuda sahaja, dan anda akan dibayar bayaran keluar win, place dan show berdasarkan kedudukan kuda tersebut dalam perlumbaan.
Anda boleh berbuat demikian, terutamanya di pertukaran pertaruhan atau betting exchange.