Marilah belajar bagaimana anda boleh membuat pertaruhan Parlay yang terdiri daripada kombinasi dua atau lebih pertaruhan lain.
Marilah belajar bagaimana anda boleh membuat pertaruhan Parlay yang terdiri daripada kombinasi dua atau lebih pertaruhan lain.
Pertaruhan Parlay merupakan satu bentuk pertaruhan yang tidak asing lagi. Ianya wujud di pusat pertaruhan sukan dunia sebenar dan laman pertaruhan sukan terbaik dalam talian. Di sini, Pertaruhan Parlay bermaksud pertaruhan kombinasi antara dua atau lebih pertaruhan biasa.
Anda perlu memenangi semua pertaruhan dalam Parlay Bet tersebut untuk dikira menang dan dibayar. Pembayaran kemenangan dalam pertaruhan ini biasanya sangat tinggi, iaitu lebih tinggi daripada pertaruhan tunggal. Inilah yang menjadikan pertaruhan Parlay sangat menarik kepada penjudi.
Terdapat beberapa pendapat mengenai dari mana asalnya perkataan Parlay ini. Bahasa Perancis telah menggunakan istilah Paroli dan di Itali istilah Parole wujud. Kedua-dua ini merupakan istilah yang bermakna ‘perjanjian’.
Istilah Parloi, yang datang daripada istilah-istilah dalam bahasa Eropah ini, digunakan dalam permainan Kad Faro untuk bermaksud sambungan pertaruhan dari satu pusingan permainan ke pusingan yang seterusnya.
Pertaruhan Parlay pula seumur dengan pertaruhan sukan. Apabila bookie pada masa lampau membuat pertaruhan tunggal, mereka sedar bahawa mereka juga boleh membuat konsep pertaruhan lain untuk menarik lebih banyak penjudi.
Oleh itu, mereka menggabungkan beberapa peratruhan bersama untuk menjadikannya Parlay. Pada hari ini, lebih kurang 30% lebih daripada semua jenis pertaruhan di mana-mana papan pertaruhan maya merupakan pertaruhan Parlay.
Pertaruhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain, seperti Pertaruhan Akumulator ( Accumulator Bets), kombo, multi dan sebagainya. Secara dasarnya, pertaruhan ini merupakan satu pertaruhan tunggal yang terdiri daripada kombinasa dua atau lebih pertaruhan berbeza.
Kombinasi pertaruhan-pertaruhan ini boleh terdiri daripada pertaruhan Moneyline, Point Spread, Outright, Totals, Futures , Over Under dan banyak lagi. Syarat \Parlay adalah bahawa semua komponennya mestilah pertaruhan ke atas perlawanan-perlawanan lain, ataupun perlawanan yang sama tetapi jenis pertaruhan yang berbeza.
Sebagai penjudi, anda perlu memenangi semua pertaruhan komponen Parlay supaya dikira menang. Setiap pertaruhan komponen di dalamnya kadang-kadang dipanggil kaki (Legs) dan jika anda kalah salah satu daripada kaki dalam Parlay, seluruh pertaruhan Parlay dikira kalah dan anda akan hilang duit pertaruhan anda.
Akan tetapi, jika anda berjaya memenangi semua kaki, bayaran keluar untuk Parlay adalah sangat lumayan.
Hanya satu sahaja cabaran Parlay, iaitu ianya sangat susah dimenangi. Semakin banyak kaki dalam pertaruhan Parlay anda, semakin rendah kebarangkalian untuk anda menang.
Walaubagaimanapun, ramai penjudi yang sanggup membuat pertaruhan sebegini kerana ianya mempunyai kebaikannya sendiri.
Di laman pertaruhan sukan dalam talian, proses untuk membuat pertaruhan ini adalah sangat mudah . Biasanya bookie akan ada pilihan Parlay di slip pertaruhan maya anda, di samping bet tunggal yang biasa.
Anda hanya perlu memilih pilihan slip Parlay, dan anda akan dibenarkan menambah kaki-kaki kepada slip itu. Biasanya terdapat had 10 kaki atau Parlay 10 pasukan. Proses penambahan ini berbeza mengikut laman bookie, tetapi secara amnya anda hanya perlu klik di atas perlawanan dan jenis pertaruhan yang anda mahukan.
Proses membuat pertaruhan adalah sama dengan pertaruhan tunggal, iaitu anda membuat pertaruhan sekali sahaja, dengan satu jumlah sahaja.
Bayaran keluar jika anda menang semua pertaruhan ini boleh dikira dengan mendarabkan kebarangkalian semua perlawanan atau kaki dalam Parlay anda.
Seperti yang dinyatakan tadi, satu Parlay itu terdiri daripada beberapa perlawanan sekaligus. Apabila anda membuat sesuatu pertaruhan sebegini, anda perlu mengira kebarangkaliannya. Mari kita melihat satu contoh bagaimana mengira kebarangkalian dan bayaran keluar pertaruhan Parlay:
Nama Perlawanan | Jenis Pertaruhan | Kebarangkalian | Kebarangkalian Keputusan Pilihan Anda |
Arsenal lwn. Manchester United | Outright | Arsenal :2.10 Manchester United: 1.50 | Manchester United: 1.50 |
West Ham lwn Chelsea | Points Spread | West Ham: +3 /1.91 Chelsea: -3/1.91 | Chelsea: 1.91 |
Boston Celtics lwn Chicago Bulls | Totals | Over 48.5/ 1.91 Under 48.5/1.91 | Over 48.5: 1.91 |
Contoh di atas merupakan satu pertaruahn Parlay tiga pasukan ( 3 Team Parlay). Dua daripadanya merupakan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris, dan satu perlwanan NBA dari Amerika. Pilihan anda dipaparkan di ruangan sebelah kanan.
Untuk mengira kebarangkalain sebenar, anda hanya perlu mendarabkan semua kebarangkalian keputusan pilihan anda, yang diberikan dalam bentuk perpuluhan untuk contoh ini.
1.50 x 1.91 x1.91 = 5.47
Jika mengikut format kebarangkalian perpuluhan, anda harus menolak 1.0 untuk mendapat keuntungan bersih anda untuk keseluruhannya. Maka kemenangan bersih anda dalam kes ini adalah 5.47 -1.00 = 4.47.
Katakan anda mempertaruh RM100 untuk Parlay ini, maka kemenangan bersih anda adalah sekitar:
4.47 x RM100 = RM447
Anda akan menerima semula pertaruhan asal anda, jadi jumlah keseluruhan yang akan anda terima adalah RM 447 + RM100 = RM547.
Bookie dalam talian dan rumah pertaruhan sukan dunia sebenar jarang sekali menawarkan kebarangkalian sebenar untuk penjudi apabila pertaruhan Parlay terlibat. Apa yang kami maksudkan ini?
Mari kita mengambil contoh di bahagian sebelum ini. Untuk Parlay 3 Pasukan yang kami paparkan, kebarangkalian untuk kesemuanya adalah 5. 47.
Bookie biasanya akan cuba meningkatkan kelebihan tuan rumah (house edge) dengan menawarkan kebarangkalian yang rendah sedikit daripada kebarangkalian sebenar. Dalam kes ini, mereka mungkin menawarkan 5.00 ataupun 4.90 untuk Parlay 3 pasukan tersebut.
Oleh itu, anda kena peka dan dam memilih bookie yang menawarkan kebarangkalian terbaik dan paling dekat dengan kebarangkalian sebenar. Anda juga boleh memilih bookie dengan kebarangkalian berubah-ubah, dan bukannya bookie yang menawarkan kebarangkalian Parlay tetap.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pertaruhan Parlay merupakan kombinasi beberapa pertaruhan berlainan. Pertaruhan ini boleh merangkumi jenis-jenis pertaruhan seperti berikut:
Moneyline – Kadang-kala pertaruhan ini juga dikenali sebagai pertaruhan Outright. Ianya merupakan pertaruhan ke atas keputusan akhir sesuatu perlawanan. Moneyline juga merujuk kepada satu format kebarangkalian yang biasa digunakan di Amerika.
Point Spread – Pertaruhan Point Spread merupakan satu pertaruhan ke atas kemungkinan sesuatu pasukan pilihan anda boleh menutup jurang mata yang ditetapkan oleh bookie.
Totals Over/Under – Pertaruhan sama ada jumlah mata kedua-dua pasukan dalam satu perlawanan melebihi sesuatu nilai, atau kurang daripadanya.
Teasers – Sejenis Parlay di mana penjudi diberi kebebasan mengubah mata Spread dan Totals untuk meningkatkan kebarangkalian dirinya menang, tetapi untuk bayaran keluar yang lebih rendah.
Pleasers – Sejenis Parlay di mana penjudi boleh mengubah mata Spread dan Totals untuk lebih menguntungkan bookie, tetapi untuk bayaran keluar yang lebih tinggi.
Selain menjadi satu bentuk pertaruhan yang lebih menyeronokkan dan mendebarkan, pertaruhan Parlay juga mempunyai banyak kebaikan dari segi strategi anda. Inilah antara kebaikan tersebut:
Apabila anda membuat pertaruhan ini apabila anda seorang penjudi baru, anda tidak perlu membuat jumlah yang besar. Tetapi, keuntungan yang anda terima adalah lebih besar daripada pertaruhan tunggal biasa.
Contohnya, jika anda bertaruh hanya RM10, anda boleh dapat RM54.70 jika memenangi Parlay mengikut contoh di atas. Jika anda kalah, anda hanya rugi RM10 sahaja.
Bagi penjudi yang merupakan high roller, had pertaruhan yang dikenakan oleh sesetengah laman bookie mungkin tidak berapa disenangi. Contohnya, ada laman bookie yang mengenakan had RM5000 sekali pertaruhan ke atas acara Point Spread dan sebagainya. Dengan Parlay, anda tidak perlu risau tentang had pertaruhan.
Strategi Hedging ini mudah dilakukan dengan Parlay. Biasanya, penjudi akan buat pertaruhan ni dan juga pertaruhan tunggal individu dengan jumlah pertaruhan rendah. Dengan itu, jika anda kalah anda masih mempunyai peluang memenangi pertaruhan individu.
Pertaruhan Parlay menawarkan pengalaman yang tidak sama dengan pertaruhan tunggal yang biasa. Di samping kebolehan anda meningkatkan kemahiran dan strategi anda sebagai penjudi berpengalaman, anda juga berpeluang menggandakan keuntungan anda apabila menang.
Asalkan anda bermula dengan Parlay bilangan pasukan yang rendah dan terus membina strategi anda dari situ, anda berpeluang cerah untuk menang pada masa akan datang.
Pertaruhan Parlay juga dikenali sebagai Accumulator, Muliti ataupun Kombo dan merupakan satu pertaruhan yang menggabungkan beberapa pertaruhan untuk menang.
Tarikan utama pertaruhan Parlay adalah bayaran keluarnya yang sangat tinggi dan lumayan.
Di laman bookie dalam talian, anda boleh membuat pertaruhan Parlay di slip pertaruhan yang disediakan di sebelah papan pertaruhan.