Ketahui lebih banyak mengenai pertaruhan Parlay Campuran yang merupakan kombinasi beberapa pertaruhan yang berbeza dari banyak segi.
Ketahui lebih banyak mengenai pertaruhan Parlay Campuran yang merupakan kombinasi beberapa pertaruhan yang berbeza dari banyak segi.
Pertaruhan sukan merupakan satu aktiviti yang diminati ramai di seluruh dunia kerana ianya melibatkan satu lapisan tambahan kepada pengalaman menonton acara sukan. Ini kerana peminat sukan dapat membuat pertaruhan dengan duit sendiri dan kemudian menunggu keputusannya. Dalam dunia pertaruhan sukan, terdapat banyak jenis pertaruhan dan salah satunya adalah Parlay Campuran (Mix Parlay).
Jika anda ingin memahami Parlay ini dengan lebih dekat dan mempelajari bagaimana membuat pertaruhan Campuran sendiri, bacalah dengan lebih lanjut.
Pertaruhan Parlay merupakan satu bentuk pertaruhan yang merupakan kombinasi dua atau lebih pertaruhan individu. Dalam Parlay Campuran, kombinasi pertaruhan itu terdiri daripada beberapa jenis pertaruhan yang berbeza.
Setiap pertaruhan individu dalam Parlay Campuran dikenali sebagai ‘kaki’ dan dalam Parlay Campuran. Anda hanya bertaruh satu kali sahaja untuk kesemua perlawanan individu dan bukannya untuk setiap kaki dalam pertaruhan Parlay Campuran.
Untuk memenangi pertaruhan Parlay Campuran, anda perlu memenangi setiap satu daripada pertaruhan individu dalam Parlay tersebut. Untuk pertaruhan Parlay Campuran, ianya perlu melibatkan beberapa perlawanan antara pasukan yang berbeza, sukan yang berbeza ataupun jenis pertaruhan yang berbeza.
Sebagai contoh, anda boleh memilih perlawanan, sukan dan jenis pertaruhan lain seperti berikut untuk dijadikan Parlay Campuran:
Seperti yang boleh dilihat, anda boleh membuat campuran pelbagai jenis perlawanan serta pelbagai jenis pertaruhan juga. Untuk memenangi Parlay Campuran anda, semua pertaruhan perlu dimenangi untuk anda mendapat bayaran keluar kemenangan.
Cara untuk membuat pertaruhan Parlay dalam talian sebenarnya amat senang dan mudah. Laman pertaruhan sukan dalam talian biasanya mempunyai slip pertaruhan di tepi papan pertaruhan yang mempunyai pilihan Parlay.
Jika anda memilih ‘Parlay’ anda akan dibenarkan menambahkan beberapa perlawanan ke dalam senarai tersebut. Bilangan perlawanan yang anda pilih ada hadnya, dan had ini tertakluk kepada laman bookie tersebut. Ada laman pertaruhan yang membenarkan anda memilih sehingga 10 perlawanan untuk ditambahkan kepada slip pertaruhan anda di bawah ‘Parlay’.
Dalam Parlay Campuran anda bebas memilih pelbagai jenis pertaruhan berbeza. Contohnya seperti berikut:
Point Spread – Pertaruhan sama ada sesuatu pasukan dapat menutup jurang mata yang ditentukan oleh bookie.
Moneyline – Merupakan pertaruhan ke atas keputusan kemenangan sesuatu perlawanan, iaitu ke atas pasukan atau atlit mana yang menang. Sesetengah sukan dan bookie membenarkan anda bertaruh ke atas keputusan seri juga.
Totals Over Under – Pertaruhan sama ada jumlah mata kedua-dua pasukan melebihi atau kurang daripada satu nilai yang ditetapkan oleh bookie.
Totals Even Odd – Pertaruhan sama ada jumlah mata kedua-dua pasukan genap atau ganjil.
Halftime score – Pertaruhan ke atas nilai mata yang didapati kedua-dua pasukan pada separuh masa.
Contoh Parlay Campuran yang anda buat boleh kelihatan sebegini:
Nama Perlawanan | Jenis Pertaruhan | Kebarangkalian | Kebarangkalian Keputusan Pilihan Anda |
Euro 2021; Itali lwn. United Kingdom | Moneyline | Itali :2.10 United Kingdom: 1.50 | Itali: 2.10 |
NFL; Green Bay Packers lawan Chicago Bears | Points Spread | Green Bay Packers: +3 /1.91 Chicago Bears: -3/1.91 | Chicago Bears: 1.91 |
Asia Cup Qualifiers; Malaysia lawan Thailand | Totals Over Under | Over 4.5/ 1.91 Under 4.5/1.91 | Over 4.5: 1.91 |
Jika anda perhatikan di sini, Parlay anda ini dikenali sebagai ‘Three Team Parlay’ atau Parlay Tiga Pasukan dan kesemuanya merupakan perlawanan, pasukan dan jenis pertaruhan yang berbeza. Untuk mengira jumlah pembayaran keluar untuk Parlay Campuran anda, anda haruslah mendarabkan semua kebarangkalian bagi setiap pertaruhan individu,
2.10 x 1.91 x 1.91 = 7.66
Jika anda membuat pertaruhan RM100 bagi Parlay Campuran ini, anda akan mendapat bayaran keluar berjumlah 7.66 x RM100 = RM766, di mana RM 666 merupakan keuntungan bersih.
Terdapat banyak sukan di dunia yang boleh dimasukkan ke dalam Parlay . Semua sukan ini sudahpun lama dipertaruhkan secara Parlay di banyak negara di seluruh dunia. Sukan yang paling popular untuk pertaruhan parlay campuran termasuk:
Bola sepak merupakan antara sukan paling popular di kalangan penjudi Malaysia untuk dimasukkan ke dalam senarai Parlay Campuran . Ini kerana ianya merupakan sukan yang sesuai dengan banyak jenis pertaruhan, termasuk Moneyline, Futures, Over Under dan banyak lagi.
Antara acara bola sepak yang sering diletakkan dalam Parlay termasuklah Euro, Piala Dunia, Liga Perdana Inggeris, La Liga, Serie A dan Piala Asia.
Bola keranjang sangat popular dalam senarai Parlay penjudi dari negara barat. Walaupun tidak sepopular bola sepak di Malaysia, ia masih lagi merupakan sukan pilihan ramai. Antara acara yang sering menjadi pilihan di kalangan penjudi termasuklah NBA, Chinese Basketball Association dan EuroLeague.
Oleh kerana konsep Parlay banyak dimainkan di negara barat seperti Amerika pada mula-mulanya, maka sukan Amerikalah yang sering menjadi pilihan untuk slip pertaruhan Parlay. Bola Sepak Amerika. Liga yang selalu popular termasuk NFL dan AFL.
Di papan pertaruhan dalam talian, anda boleh juga membuat Parlay dengan sukan lain seperti Besbol, Badminton, Ragbi dan banyak lagi. Asalkan laman bookie tersebut menawarkannya untuk Parlay, anda bebas menambahkan kepada Parlay anda.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Parlay Campuran merupakan kombinasi jenis pertaruhan yang berbeza dan anda harus memenangi setiap pertaruhan individu supaya boleh memenangi keseluruhan Mix Parlay anda. Berikut merupakan panduan asas yang boleh membantu anda:
Parlay Campuran tidak seharusnya dibuat atas dasar keseronokan semata-mata. Anda harus tahu dan mengikuti semua sukan dan acara dalam senarai anda. Anda tidak dinasihati untuk bertarih ke atas lebih daripada tiga jenis sukan pada satu-satu masa.
Penjudi yang berminat hendak membuat Parlay biasanya tidak akan membuat keputusan secara membuta tuli. Mereka akan membuat keputusan dengan bantuan seorang tipster (tukang petua) yang boleh membekalkan pengetahuan yang mungkin anda tidak tahu.
Sekurang-kurangnya beberapa daripada pertaruhan anda haruslah mempunyai kebarangkalian perpuluhan rendah kerana ini bermakna pasukan itu berkemungkinan lebih tinggi untuk menang. Anda juga harus memasukkan beberapa perlawanan dengan keputusan yang jelas atau low competition bets.
Parlay Campuran merupakan sejenis Parlay yang mungkin lebih susah dimenangi berbanding pertaruhan tunggal. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati, terutamanya jika anda masih lagi baru kepada pertaruhan jenis ini. Antara perkara yang boleh anda lakukan adalah bermula dengan bilangan ‘kaki’ Parlay yang lebih rendah.
Walaubagaimanapun, jika anda boleh menguasai strategi kemenangan Mix Parlay, anda akan dihadiahkan dengan kemenangan yang berkali-kali ganda lebih besar daripada pertaruhan tunggal yang biasa.
Parlay Campuran merupakan sejenis pertaruhan yang menggabungkan beberapa pertaruhan individu yang berbeza dari jenis pertaruhan, jenis sukan dan perlawanan.
Cara terpantas adalah untuk mendarabkan semua kebarangkalian perpuluhan semua pertaruhan anda dan darabkan dengan pertaruhan asal anda.
Bilangan pertaruhan minimum adalah dua dan bilangan maksimum bergantung kepada laman pertaruhan sukan yang anda pilih, biasanya dalam julat 10 atau lebih sedikit.