Sekiranya anda memilih pertaruhan tinju, bacalah panduan kami terlebih dahulu untuk membuat keputusan terbaik demi kemenangan anda.
Sekiranya anda memilih pertaruhan tinju, bacalah panduan kami terlebih dahulu untuk membuat keputusan terbaik demi kemenangan anda.
Sukan tinju merupakan satu sukan yang berasal dari tamadun Yunani. Walau bagaimanapun, sukan tinju moden mempunyai peraturan yang berbeza dengan tinju yang dimainkan ketika itu. Sukan tinju merupakan satu sukan yang penuh aksi lasak, dan boleh juga dikatakan sedikit berbahaya.
Ini kerana sukan tinju melibatkan aksi menumbuk peninju lawan. Oleh itu, jika anda perhatikan, peninju akan sentiasa memakai pelbagai peralatan keselamatan.
Terdapat banyak jenis sukan di laman pertaruhan, tetapi tinju merupakan sukan yang menarik banyak perhatian daripada penjudi yang minat dengan pertaruhan sukan. Di sini, kami akan melihat bagaimana anda bole bertaruh ke atas sukan tinju dengan sebaik-baiknya.
Tinju merupakan sejenis ‘Combat Sport’ ataupun sukan pertempuran yang melibatkan dua peninju. Biasanya, dalam perlawanan profesional peninju akan diberi warna merah dan biru. Bagi peninju amatur, mereka dikehendaki memakai sarung tangan tinju, pelindung mulut dan penutup kepala manakala pemain profesional hanya dikehendaki memakai sarung tangan dan pelindung mulut.
Setiap perlawanan tinju dibahagikan kepada 9-12 pusingan yang setiap satunya berlangsung selama 3 minit. Setiap perlawanan mempunyai seorang pengadil dan tiga orang hakim yang akan membuat keputusan pemberian markah.
Peraturan tinju menyatakan bahawa peninju hanya dibenarkan member tumbukan ke bahagian badan pihak lawan di atas pinggang. Mereka juga hanya dibenarkan tumbuk menggunakan sarung tangan tinju dengan penumbuk tertutup. Peraturan lain termasuklah:
Demi memastikan bahawa sesuatu perlawanan tinju itu adil dan selamat, badan penguatkuasa tinju telah menatapkan bahawa hanya peninju yang berada dalam julat berat badan yang sama boleh berlawan.
Pada masa ini, terdapat 17 kategori berat berlainan yang diakui oleh badan tinju profesional dan setiap kategori adalah berdasarkan berat maksimum. Misalnya, kategori Minimumweight mempunyai berat maksimum 48kg, Bantamweight mempunyai berat maksimum 53.5kg dan Heavyweight tiada had maksimum tetapi harus lebih berat daripada 91kg.
Peninju akan ditimbang sehari sebelum perlawanan dan dimasukkan ke kategori yang betul. Jika seorang peninju melebihi had maksimum julat berat itu, dia diberi masa untuk mengurangkan beratnya. Jika tidak berjaya, perlawanan akan berterusan tetapi jika dia menang, kemenangan itu tidak akan diperakui dan kedudukan itu dikira kosong.
Dalam pertaruhan ke atas sukan tinju, anda dibenarkan membuat beberapa jenis pertaruhan yang semuanya merupakan konsep yang berbeza antara satu sama lain. Antara jenis pertaruhan yang boleh anda buat:
Moneyline – Pertaruhan yang mempunyai tiga keputusan. Penjudi boleh membuat pertaruhan ke atas mana-mana daripada tiga keputusan itu, iaitu kemenangan salah satu peninju dan keputusan seri. Setiap keputusan mempunyai kebarangkaliannya sendiri.
Outright – Pertaruhan ke atas peninju mana yang akan menang. Setiap satu peninju mempunyai kebarangkaliannya sendiri.
Cara Kemenangan – Pertaruhan ke atas bagaimana peninju yang menang akan mengakhiri perlawanannya, sama ada melalui keputusan hakim, knockout, knockout teknikal atau hilang kelayakan.
Pemenang Sekumpulan Pusingan – Pertaruhan ke atas siapa pemenang selepas beberapa pusingan, biasanya 3.
Pemenang pusingan terkini – Pertaruhan ke atas siapa yang akan memenangi sesuatu pusingan
Bilangan pusingan – Pertaruhan ke atas bilangan pusingan yang akan terjadi dalam sesuatu perlawanan.
Pertaruhan Over/Under – Pertaruhan ke atas sama ada perlawanan tinju akan selesai setelah melebihi (over) atau kurang daripada (under) sebilangan pusingan tertentu. Contohnya dalam satu perlawanan, anda boleh bertaruh ke atas Over 6.5 pusingan ataupun Under 6.5 pusingan. Jika perlawan berakhir selepas 1:30 minit (separuh masa) pusingan ke-7, maka anda menang jika bertaruh ke atas “Over 6.5”.
Di laman pertaruhan sukan dalam talian, anda akan perhatikan bahawa setiap keputusan diikuti dengan nilai nombor. Inilah yang disebut kebarangkalian dan ianya menentukan berapa banyak yang anda akan dibayar jika memenangi pertaruhan itu kelak. Inilah format kebarangkalian yang anda akan jumpai dalam pertaruhan tinju:
Jenis kebarangkalian itu biasa digunakan di papan pertaruhan di UK. Ianya mempunyai bentuk pecahan dan menggambarkan kebarangkalian kemenangan setiap peninju.
Salah satu kebarangkalian yang paling popular adalah Perpuluhan sebagai format pertaruhan di Asia dan Eropah. Ianya merupakan format kebarangkalian yang paling mudah dan cepat untuk dibaca dan menggambarkan jumlah bayaran keluar untuk anda jika anda menang.
Juga dikenali sebagai kebarangkalian Amerika. Ianya merupakan kebarangkalian dengan tiga digit dilengkapi simbol positif dan negatif untuk melambangkan siapa pemain pilihan (iaitu dengan simbol negatf) dan siapa peninju underdog ( iaitu dengan simbol positif). Untuk peninju dengan simbol positif, nombor tiga digit melambangkan jumlah wang yang akan dimenangi jika anda bertaruh RM100. Untuk peninju dengan simbol negatif, nilai tiga digit melambangkan jumlah yang perlu dipertaruhkan untuk memenangi RM100.
Semua kebarangkalian boleh ditukarkan antara satu sama lain untuk memudahkan pengiraan kebarangkalian anda. Contohnya:
Peninju | Pecahan | Perpuluhan | Moneyline | Kebarangkalian Tersirat |
Manny Pacquio | 1.5/1 | 2.5 | +150 | 40.0% |
Errol Spence | 0.5/1 | 1.5 | -200 | 66.7% |
Kebarangkalian tersirat di sini merupakan pengiraan tentang peratus kemungkinan seseorang peninju itu menang.
Terdapat beberapa tips penting yang boleh membantu anda melakukan pertaruhan yang bijak dalam sukan tinju. Antaranya:
Dalam dunia sukan tinju, saiz, ketinggian dan berat badan memainkan peranan yang penting. Biasanya peninju yang mempunyai saiz fizikal yang lebih besar mempunyai kelebihan untuk menang.
Prestasi terkini seorang peninju akan mempengaruhi keputusannya. Jika seorang peninju mengalami kecederaan ataupun masih lagi pulih daripada kecederaan, dia mungkin tidak akan beraksi seperti biasa. Begitu juga peninju yang mengalami tekanan ataupun kurang motivasi.
Peninju lain mempunyai strategi tersendiri. Ada yang merupakan penumbuk agresif dan bergantung kepada KO untuk menang manakala ada yang lebih kepada pertahanan diri dan menggunakan poin daripada hakim untuk menang. Bila dua peninju itu bertemu, pengetahuan anda mengenai strategi kemenangan kedua-dua peninju akan membantu anda membuat keputusan siapa yang boleh menang.
Sukan tinju merupakan antara sukan yang paling mengujakan untuk ditonton kerana melibatkan perlawanan rapat antara dua atlit dengan unsur pertempuran. Namun begitu, pertaruhan haruslah dibuat dengan penuh pengetahuan dan bukan mengikut hati anda sahaja.
Walaupun sukan tinju tidak menerima liputan yang luas seperti bola sepak atau bola keranjang, masih ada lagi bookie dalam talian yang gigih menawarkan perlawanan-perlawanan tinju yang terkini, jadi anda haruslah mendaftar di laman-laman pertaruhan tersebut.
Anda harus memilih laman pertaruhan dalam talian, mendaftar, buat deposit dan lakukan pertaruhan.
Underdog mempunyai kemungkinan kemenangan mengejut kira-kira 30% daripada semua perlawanan, jadi jika anda inginkan anda harus melakukannya secara berhati-hati.
Ianya bermaksud bahawa peninju tersebut dijangka menang dan anda harus bertaruh RM500 untuk memenangi RM100 untuk peninju ini.
Anda tidak perlu bertaruh ke atas peninju pilihan setiap kali. Ianya lebih masuk akal untuk memahami strategi kemenangan dan prestasi fizikal peninju tesebut dan lawannya sebelum membuat pilihan.