Ramalan Israel Adesanya lawan Jared Cannonier

Ramalan, kebarangkalian dan petua pertaruhan bagi Israel Adesanya lawan Jared Cannonier di pertarungan UFC 276

  • Mana: Arena T-Mobile, Las Vegas, Nevada
  • Bila: Ahad, 3 Julai, 10 pagi waktu Malaysia ( Sabtu, 2 Julai, 10 pm ET)

Israel Adesanya dan Jared Cannonier merupakan sorotan set UFC 276 untuk Julai 2 di Las Vegas. Kedua-dua peninju middleweight yang paling bagus ketika ini sudah tentu akan mempamerkan aksi yang sengit, dan inilah sebab utama mengapa kami membuat keputusan untuk meliputinya dan membuat pratonton. Adesanya, si pemenang, muncul di sini sebagai pemain pilihan. Mengapa pula dia mejadi pilihan? Ini kerana dia belum pernah kalah dalam satu acara pun dalam bahagian middleweight. Di sebelah satu lagi, Cannonier akan cuba membuat upset dan memenangi satu tali pinggang dalam kerjayanya.

Israel Adesanya lawan Jared Cannonier

Pratonton Israel Adesanya lawan Jared Cannonier

Israel Adesanya

Adesanya merupakan juara bertahan middleweight dan antara ahli sukan yang paling dominan dalam bahagian ini. Setakat ini, kekalahan tunggalnya adalah kepada Jan Blachowicz tetapi itu adalah ketika pusingan untuk gelaran light heavyweight di UFC 259. Izzy kini berkedudukan 22 kemenangan dan satu kekalahan dan baru melalui kemenangan berterusan melawan Marvin Vettori dan Robert Whittaker.

Dia mampu mempertahankan gelarannya empat kali, menang pada tiga acara melalui keputusan sepakat ( Romero, Vettori dan Whittaker) and sekali melalui KO, melawan Paulo Costa.  CVnya memang sangat mengagumkan, dengan kemenangan ke atas Brad Tavares, Derek Brunson, Anderson Silva dan Kelvin Gastelum, ditambah dengan dua kemenangan ke atas Vettori dan Whittaker, dari mana dia mengambil gelarannya.

Licin, tangkas dan handal, itulah Adesanya yang sebenarnya. Tangannya yang panjang merupakan satu kelebihan yang tidak dapat diatasi oleh mana-mana lawannya sehingga kini, dan tindak balas cepatnya menghalang lawannya untuk mengatasi jurang dan mendekatinya.  Selain itu, dia mempunyai tumbukan kuat dan tahu bagaimana menghabiskan lawannya menggunakan kedua-dua kaki dan penumbuknya.

Jared Cannonier

Peninju dengan nama jolokan Killa Gorilla ini semakin dekat dengan penghujung kerjayanya.  Pada umur 38 tahun, Cannonier akhirnya mempunyai peluang untuk memenangi satu gelaran. Pada mulanya, dia merupakan seorang heavyweight, lepas itu light heavyweight, sebelum menjadi peninju middleweight. Sejak dia turun ke bahagian ini, perjalanan warga Amerika ini memang lancar. Dia merupakan 5-1 dan berkedudukan no 2 dalam ranking dan ini akhirnya memberikannya peluang untuk mendapatkan gelaran.

Kekalahan tunggalnya berlaku ketika melawan Robert Whittaker di UFC 254. Dia sebelum itu pernah mengalahkan David Branch, Anderson Silva dan Jack Hermansson. Selepas itu, dia muncul kembali melawan Gastelum dan dalam pusingan terbaru melawan Derek Brunson, di mana dia hampir kalah tetapi berjaya kembali untuk mengalahkan Derek Brunson.

Tak dapat dinafikan bahawa Cannonier merupakan penumbuk paling kuat dalam bahagiannya dan berkemampuan untuk KO lawannya menggunakan hanya satu serangan. Itulah sebabnya mengapa dia sangat bahaya. Walaubagaimanapun, dia bukan  ahli gusti yang bagus dan kita pernah melihatnya melawan Brunson. Dalam pada itu, bentuk badannya amat menggerunkan dan dia mempunyai satu timbunan otot yang menjadikannya amat sukar untuk ditundukkan ke lantai.

Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM588

Ramalan Adesanya lawan Cannonier

Tak dapat dinafikan bahawa Izzy merupakan peninju pilihan di sini dan kami percaya bahawa Last Stylebender akan memenangi acara ini. Kenapa? Yang pertamanya kerana dia mempunyai kelebihan kepanjangan tangan tiga inci, yang dikira banyak untuk dirinya. Dalam semua pertembungannya, Adesanya menggunakan kemudahan ini dengan cara yang paling bijak sekali. Faktor lain adalah kardio dan ketangkasannya, yang jauh lebih baik daripada Cannonier.

Keputusan kami: Adesanya menang

Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM500
Laman Terbaik
22BET

Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM600

1XBet

Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM500

Melbet

Bonus Deposit Pertama 100% Sehingga RM500

Dapatkan Bonus Eksklusif!
Langganilah laman ini dan jadi penjudi pertama untuk menerima tawaran pertaruhan terbaik.
Kami janji tidak akan menghantar spam.
Anda juga boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa sahaja

*Dengan melanggan, anda sahkan bahawa anda berumur 18 tahun ke atas