Ramalan, kebarangkalian dan petua pertaruhan untuk RB Leipzig lawan Bayern Munich di Piala Super Jerman
Ramalan, kebarangkalian dan petua pertaruhan untuk RB Leipzig lawan Bayern Munich di Piala Super Jerman
Red Bull Leipzig dan Bayern Munich akan bertembung di Piala Super Jerman, dalam perlawanan pembukaan musim untuk bola sepak bertaraf tinggi Jerman. Ini merupakan acara berdaya saing pertama yang melibatkan dua pasukan Bundesliga dan peluang untuk memenangi piala serta merta, yang akan menjadi dorongan yang ketara bagi mana-mana pasukan. RB telah mengalami beberapa perubahan dalam barisan pemainnya, dan situasi yang sama dialami oleh pihak warga Bavaria. Mereka berdua ingin beraksi dengan lebih baik daripada edisi sebelumnya dan ingin memulakan tahun ini dengan kemenangan besar ke atas pihak lawan yang besar.
Red Bull Leipzig
Pasukan dari Timur Jerman ini mencapai piala pertama mereka tahun lepas, dengan memenangi DFB Pokal. Inilah pencapaian terbesar untuk pasukan ini, dan tidak dapat dinafikan bahawa ianya akan membuat para peminat dan seluruh organisasi lebih berkeinginan.
Terdapat beberapa pemain yang meninggalkan pasukan, walaupun hanya Tyler Adams yang menjadi sebahagian daripada barisan pemula tahun lepas. Di samping itu, terdapat beberapa pemain muda daripada akademi belia yang telah dinaikkan pangkat ke pasukan utama, dan kami jangkakan dapat melihat bakat-bakat baru ini menggegarkan Leipzig semasa tempoh kempen terkini.
Pihak Bulls tidak bermain terlalu banyak perlawanan persahabatan pra-musim, hanya dua sahaja. Yang pertama merupakan kemenangan ke atas Southampton, 3-1 manakala yang kedua mereka dimalukan oleh Liverpool, 0-5, yang mendedahkan beberapa kelemahan yang perlu mereka baiki sebelum musim bermula.
Bayern Munich
Pihak warga Bavarian ini telah melawat Amerika Syarikat dalam satu tour, dan bermain dua perlawanan juga. Unit Nagelsmann ini telah mencarik-carikkan pasukan DC United pimpinan Wayne Rooney, 6-2, tetapi setelah itu tumpas dan kalah kepada Erling Haaland yang skor hanya satu gol dalam permainan antara Manchester Citynya dan Bayern.
Juara Bundesliga ini telah kehilangan penyerang utama mereka dan boleh dikatakan yang terbaik di dunia dalam dua atu tiga tahun kebelakangan ini, Robert Lewandowski. Tetapi Sadio Mane telah mendarat di Allianz Arena. Sementara itu, beberapa pemain muda juga telah tiba, termasuk De Light, Gravenberch dan Mazraoui, yang akan menjadi tulang belakang kelab ini dalam tahun-tahun akan datang.
Corak permainan Bayern sentiasa kekal sama, maksudnya pasukan ini akan menyerang dan memberi tekanan kepada lawan mereka sepanjang 90 minit tersebut. Mereka sentiasa mencari peluang menjaringkan gold an tidak kira apa keputusannya, mereka berfungsi seperti satu mesin.
Dalam kedua-dua perlawanan ketika musim 2022, Bayern menunjukkan kemenangan ke atas Bulls. Pertemuan pertama di Red Bull Arena berakhir dengan kemenangan Bayern yang menakjubkan, 1-4 sementara yang keduanya di Allianz melihat tuan rumah menang 3-2.
Secara keseluruhanna, Bayern belum kalah kepada Red Bull dalam sembilan perlawanan sebelum ini.
Bulls menunjukkan banyak masalah dalam barisan belakang ketika melawan Liverpool. Ia mungkin merupakan hari yang kurang baik bagi mereka, tetapi kami masih percaya bahawa mereka mempunyai banyak perkara yang perlu diubah supaya dapat memperbaiki daya saing mereka untuk gelaran Bundesliga. Sementara itu, Bayern masih memproses pemergian Lewandowsky tetapi mereka mempunyai sistem yang dapat meliputi kekurangan tersebut. Secara keseluruhannya, kami memberikan sedikit kelebihan kepada tetamu dan merekalah pilihan kami untuk acara ini.
Keputusan kami: Bayern menang