Lihatlah ulasan, kebarangkalian dan ramalan untuk perlawanan separuh akhir Australian Open Berrettini vs Nadal.
Lihatlah ulasan, kebarangkalian dan ramalan untuk perlawanan separuh akhir Australian Open Berrettini vs Nadal.
Bila: Khamis, Januari 28, 2022
Di Mana: Rod Laver Arena, Melbourne, Australia
Matteo Berrettini dan Rafael Nadal merupakan peserta perlawanan separuh akhir pertama dalam Australian Open, bahagian lelaki. Kedua-dua pemain ini akan berkongsi gelanggang pada Jumaat ini, dan kami menjangkakan pertarungan yang menarik dan mengujakan di Rod Laver Arena. Para bookie melihat Nadal sebagai pemain pilihan, tetapi apa-apa pun boleh terjadi dalam acara sebegini. Kita harus tahu bahawa walaupun Berrettini mempunyai tempoh yang lebih singkat untuk pemulihan, beliau jauh lebih muda daripada lagenda Sepanyol tersebut.
Berrettini
Warga Itali ini membenarkan Gael Monfils dua set pada perlawanan suku akhir, dan membawakan perlawanan mereka kepada set kelima dan membuatkannya lebih sukar daripada yang diperlukan. Permain yang berumur 25 tahun ini pada awalnya mempunyai semuanya di bawah kawalan, mendahului 2-0 dalam set, dan nampak seperti dia akan menggulungkan veteran Perancis itu. Walaubagaimanapun, beberapa kesalahan digabungkan dengan kekurangan fokus membuatkan Berrettini menghadapi keadaan yang sukar tetapi dia memberi respon yang bagus pada set kelima dan akhirnya menang.
Senjata pemain pilihan ke-7 adalah servisnya yang pertama dan peratusannya adalah sekitar 70%. Kami telah melihat bahawa ianya agak konsisten sepanjang perlawanan tersebut.
Beliau mempunyai perjalanan yang mencabar sehingga kini, menyingkirkan Brandon Nakashima pada pusingan pembukaan 3-1, Stefan Kozlov, 3-1, Carlos Alcaraz yang muda, 3-2 dan Pablo Carreno Busta, 3-0. Jelas sekali pengembalian dan rally yang berterusan bukan kelebihannya.
Nadal
Rafa berjaya memerahkan satu kemenangan ke atas Shapovalov di suku akhir selepas satu pertempuran yang sengit dengan warga Kanada tersebut. Seperti Berrettini, dia juga mengalami kejatuhan di pengakhiran acara itu, dengan kalah dua set terus-menerus dan bermain set kelima. Walaubagaimanapun, kami haruslah menyatakan bahawa pemenang Grand Slam 20 kali ini menerima perlindungan daripada pengadil kerusi yang melenturkan peraturan dengan membenarkannya berehat lebih lama daripada biasa di antara set. Akhirnya, ini menganggu Shapovalov yang hilang segala fokusnya.
Kami telah memerhatikan tanda keletihan pada muka Nadal pada pertembungan ini. Ini boleh difahami kerana perlu diingatkan bahawa beliau berumur 35 tahun. Akan tetapi tenaganya masih ada, walaupun tidak sehangat dahulu. Satu perkara yang merupakan masalah untuk Rafa, iaitu peratusan kejayaan servis pertamanya yang rendah, yang jarang melepasi 65% di Australia tahun ini.
Perlu dinyatakan bahawa beliau menyingkirkan Marcos Giron, Yannick Hafmann, Karen Khachanov dan Adrian Mannarino setakat ini. Khachanov merupakan satu-satunya pemain yang berjaya merebut satu set daripadanya sepanjang tempoh ini.
Kedua-dua pemain ini hanya pernah bertemu sekali sahaja sebelum ini iaitu di separuh akhir US Open 2019, di mana Nadal mengalahkan pemain Itali ini dengan straight set 7-6, 6-4, 6-1.
Nadal merupakan pemain pilihan di sini dan dia kemungkinan besar akan memenangi pertandingan ini. Walaubagaimanapun, jangan sangka bahawa ianya akan senang untuk pemain yang merupakan antara yang terbaik ini. Berrettini merbahaya, terutamanya jika servis pertamanya berfungsi dengan baik, kami percaya bahawa dia boleh merebut kemenangan satu set daripada Rafa. Inilah pertaruhan paling selamat kami untuk pertembungan ini- Berrettini mempertahankan handicap set +2.5.
Keputusan kami: Berrettini +2.5 set