Bodog
4.0

Bodog

Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM688
Deposit minima RM50
Maaf, kasino ini sudah ditutup

Bodog merupakan laman dengan dua bahagian pertaruhan sukan untuk dua kali ganda pengalaman yang menyeronokkan, termasuk pertaruhan live.

Kelebihan
  • Sokongan pelanggan dalam Bahasa Malaysia
  • Menyediakan pembayaran mata wang kripto
  • Tempoh pemprosesan yang cepat
Kelemahan
  • Sedikit kaedah pembayaran
  • Mendaftar untuk berhubung dalam sembang


Kasino ini sudah ditutup dan ahli tidak dibenarkan bermain di sini lagi.
Sebaliknya, anda boleh mencuba salah satu kasino yang berikut:

Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM600

4.5
Bonus Deposit Pertama 100% Sehingga RM500
4.4
Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM500
4.4
Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM300
4.4

Ulasan Laman Pertaruhan Bodog

Bodog merupakan salah satu laman daripada kumpulan laman Bodog yang sangat popular dan berpengaruh di Eropah. Ianya adalah cabang Asia yang mengalu-alukan pemain daripada negara China, Malaysia, Indonesia, Korea Selatan dan banyak lagi tempat.

Oleh kerana mereka merupakan sebahagian daripada jenama perjudian yang besar, maka kualiti laman dan perkhidmatan mereka juga dijaga dengan rapi. Bodog merupakan jenama hiburan dalam talian yang diasaskan oleh Calvin Ayre pada tahun 1994. Bodog pernah bekerjasama dengan pelbagai acara sukan yang besar seperti Maxim, NHL,CFL, EPL, Aston Villa FC, Arsenal FC, Los Angeles Lakers, dan ramai lagi.

Laman Bodog mempunyai bahagian pertaruhan sukan yang agak besar, berserta dengan bahagian kasino. Terdapat dua pembahagian pertaruhan sukan di sini, iaiu Sportsbook dan OW Sports. Kedua-duanya menawarkan pertaruhan jenis pre-betting, dan kedua-duanya juga mempunyai pertaruhan live.

Bodog

Apakah Jenis Pertaruhan Yang Boleh Anda Buat Di Sini?

Pertaruhan di Bodog merupakan jenis yang biasanya disediakan oleh bookie di Eropah.Selain pertaruhan tunggal yang boleh dibuat, anda juga diberikan peluang untuk membuat pertaruhan Parlay dan Round Robin. Round Robin merupakan sistem di mana anda boleh gabingkan beberapa pertaruhan Parlay mengikut bilangan sistem yang ditetapkan oleh laman Bodog.

Selain kedua-dua jenis pertaruhan ini, terdapat juga pertaruhan Futures dan Props, iaitu pertaruhan kejadian masa datang dan pertaruhan ke atas sesuatu peristiwa dalam acara sukan yang bukan keputusan akhir. Anda dibenarkan membuat sebanyak jenis pertaruhan yang anda inginkan di sini.

Format Kebarangkalian Yang Ditawarkan

Format kebarangkalian sangat penting kerana ia boleh mempengaruhi cara dan kesenangan anda membuat keputusan. Oleh itu, kebarangkalian yang sering digunakan oleh kebanyakan laman pertaruhan sukan hari ini adalah sistem perpuluhan. Ini kerana sistem perpuluhan boleh menggambarkan jumlah kemenangan anda dengan sekilas pandang sahaja.

Oleh itu, laman Bodog juga menggunakan sistem perpuluhan sebagai sistem utama. Selain itu, terdapat juga sistem Malaysia, Indonesia dan Hong Kong. Penjudi dari Malaysia sudah tentu sangat gembira kerana terdapat sistem kebarangkalian Malaysia yang semua orang sangat kenal dan berasa biasa dengannya.

Sukan Popular Pilihan Ramai Ada Di Sini

Seperti yang dinyatakan tadi, terdapat dua bahagian pertaruhan sukan di sini iaitu Sportsbook dan OW Sports. Kedua-duanya menawarkan sukan yang hampir sama, dengan sedikit perbezaam sahaja. Bahagian Sportsbook mempunyai kira-kira 20 lebih jenis acara manakala OW Sports mempunyai kira-kira 20 juga. Bukan semua acara yang boleh dipertaruhkan ini merupakan acara sukan. Terdapat juga acara bukan sukan seperti Keno dan permainan nombor. Akan tetapi, anda boleh menjumpai sukan yag popular di sini, termasuklah bola sepak, bola keranjang, lumba basikal, tenis dan banyak lagi.

Secara amnya, bahagian Sportsbook mempunyai lebih pilihan sukan berbanding dengan OW sports kerana ianya mempunyai sukan seperti Liga Ragbi, Kesatuan Ragbi, Snuker, dan UFC/MMA.

Panduan dan Tip Pertaruhan Yang Berguna

Pada sekilas pandang, mungkin anda akan fikir bahawa laman ini tidak mempunyai bahagian panduan. Akan tetapi, jika anda pergi ke bahagian bawah laman utama dan memilih ‘Sitemap’ anda boleh menjumpai senarai sukan dan permainan di bawah tajuk ‘Explore’. Senarai ini meliputi acara sukan, liga terkenal, dan sukan tunggal seperti badminton, hoki, kriket, tenis, ping-pong dan beberapa lagi.

Akan tetapi, senarai ini bercampur dengan banyak perkara lain seperti permainan kasino, slot dan lain-lain. Anda perlu mencari pautan mengenai sukan atau acara sukan yang anda inginkan daripada senarai campuran ini.

Setiap laman mengenai sukan ini mempunyai strategi dan tip yang berguna bagaimana anda boleh mempertingkatkan peluang kemenangan anda, jadi anda boleh merujuk kepada bahagian ini untuk membantu diri anda.

Bonus Yang Pelbagai Di Bahagian Promosi

Bahagian promosi di laman Bodog dipenuhi dengan pelbagai bonus, termasuk bonus yang digunakan untuk pertaruhan sukan. Promosi di bahagian ini bercampur dengan promosi kasino, jadi anda boleh memilih pautan ‘Sportsbook’ untuk melihat promosi yang khas untuk pertaruhan sukan.

Antara bonus yang berguna adalah bonus deposit pertama, di mana terdapat dua jenis. Iaitu 380% bonus sehingga RM288, dan 100% bonus sehingga RM688. Kedua-dua bonus deposit pertama ini mempunyai syarat yang sedikit berbeza jadi anda diberi pilihan untuk menentukan bonus mana yang anda inginkan. Selain daripada kedua-dua bonus deposit pertama ini, terdapat beberapa bonus lain, seperti bonus RM10 untuk setiap RM100 yang dipertaruhkan dan bonus apabila merujuk rakan baru. Anda juga dinasihatkan untuk peka kepada apa-apa promosi bermusim untuk pertaruhan sukan di sini.

Bodog Bonus Selamat Datang

Cara Mendepositkan Dan Mengeluarkan Wang

Laman Bodog menawarkan tiga saluran pembayaran untuk penjudi dari Malaysia dan ini termasuklah Bitcoin, Bitcoin Cash dan AstroPay. Deposit minima untuk semua saluran ini adalah RM10 dan deposit maksima bergantung kepada saluran pembayaran. Untuk membayar matawang kripto, anda perlu menggunakan bitcoin wallet.

Untuk pengeluaran pula, salurannya adalah sama dengan tambahan akaun bank anda. Jumlah pengeluaran minima adalah RM 50 dan pengeluaran maksima adalah RM150,000 sehari. Tempoh pemprosesan untuk pengeluaran ringgit adalah dalam 30 minit dan ini dikira agak cepat.

Khidmat dan Sokongan Persoalan Pelanggan

Bodog menyediakan bahagian ‘Help’ atau pertolongan yang agak lengkap di mana jawapan kepada kebanyakan soalan dijawab dengan lengkap. Jika anda tidak dapat menjumpai apa yang anda ingin tahu daripada bahagian ini, anda boleh cuba bertanya di Live Chat mereka. Akan tetapi, cara ini memerlukan anda memberikan username dan e-mel dahulu untuk membuktikan bahawa anda seorang penjudi yang berdaftar sebelum dapat bertanyakan soalan. Selain Live Chat, terdapat juga khidmat emel yang boleh digunakan di mana anda dikehendaki mengisi borang di laman Contact Us.

Terdapat berita baik untuk pengunjung dari Malaysia, iaitu sokongan disediakan dalam Bahasa Melayu 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Selain itu, sokongan juga disediakan dalam bahasa Cina, Bahasa Indonesia, Inggeris dan Bahasa Vietnam.

Bodog Dalam Versi Telefon Bimbit

Walaupun tidak mempunyai app yang khas, anda masih boleh bermain di Bodog di mana sahaja anda berada. Ini kerana laman ini direka untuk menyesuaikan diri dengan app pelayar internet secara otomatik. Anda tidak memerlukan apa-apa perisian tambahan dan  boleh terus melawat laman ini menggunakan aplikasi pelayar seperti Chrome, Firefox dan lain-lain.

Kebolehgunaan Laman Bodog

Bodog merupakan laman yang agak ringkas dan mudah dari segi rekabentuknya. Anda boleh mencari apa-apa  kawalan yang anda inginkan di laman utama. Anda boleh melihat slip pertaruhan dan pertaruhan terbuka anda di sebelah kanan atas. Ini memudahkan anda mengikuti keputusan pertaruhan anda dengan cepat.

Secara amnya, Sportsbook mempunyai rekabentuk yang lebih nyaman dan kemas berbanding dengan OW Sports yang kelihatan lebih padat dengan maklumat.

Selain daripada laman pertaruhan utama, terdapat maklumat penting di Bodog seperti maklumat pembayaran, pengeluaran, penerangan jenis pertaruhan dan program VIP yang lebih sukar dicari dan tidak dapat dijumpai dengan mudah. Anda perlu rajin menggali pautan lepas pautan untuk mendapat jawapan yang anda kehendaki.

Adakah Bodog Boleh Selamat?

Bodog dengan jelas menyatakan dasar keselamatan mereka di bahagian terma dan syarat. Secara ringkasnya, semua maklumat peribadi dan perbankan anda yang dikumpulkan dan hanya akan digunakan untuk tujuan pentadbiran dan pemprosesan biasa. Pemilik laman ini juga melindungi maklumat anda daripada pihak ketiga. Selain itu, mereka juga mempunyai sistem peraturan yang perlu mereka patuhi kerana mereka mempunyai lesen, yang akan diterangkan di bahagian seterusnya.

Perlesenan Syarikat Pemilik Bodog

Bodog dimiliki oleh Artesian Media NV yang merupakan syarikat berlesen yang berdaftar di Curacao. Lesen perjudian mereka didapati daripada Curacao eGaming. Kehadiran lesen ini bermakna bahawa penjudi yang datang berasa lebih mempercayai mereka.

Ini kerana ianya merupakan lesen yang sah daripada badan yang dikenali ramai sebagai pengeluar lesen yang boleh dipercayai. Sudah tentu ramai penjudi yang mengenali lesen Curacao ini kerana kebanyakan laman perjudian terbesar di dunia juga mempunyai lesen tersebut.

Sukan Yang Boleh Dipertaruhkan Secara Live

Kedua-dua Sportsbook dan OW Sports menawarkan pertaruhan secara live iaitu pertaruhan secara langsung. Pertaruhan sukan live sedikit sebanyak lebih seronok daripada pertaruhan pre-betting kerana ianya boleh ditukar ketika acara sukan masih berjalan,

Sportsbook menawarkan pertaruhan live untuk sukan popular seperti bola sepak, ping pong, e-sukan dan bola keranjang tetapi meliputi banyak acara sukan pada masa yang sama. OW Sports pula menawarkan live untuk sukan yang hampir sama tetapi mempunyai sukan lain seperti hoki ais. Secara keseluruhannya, Sportsbook mempunyai lebih pilihan sukan berbanding OW Sports untuk pertaruhan live.

Penjudi VIP Diberi Layanan Istimewa

Terdapat program VIP di laman ini yang diberi nama ‘The Bodog Advantage’ dan ianya mempunyai enam taraf. Semakin banyak anda pertaruhkan, semakin tinggi taraf anda meningkat. Semua pengunjung laman yang mula bertaruh akan dengan serta-merta dimasukkan ke dalam program VIP, pada tahap terendah iaitu tahap novice atau pemain baru. Lima tahap seterusnya termasuklah Rookie, Pro,Prime, Elite dan Legend.

Dengan setiap pertaruhan yang anda lakukan, anda boleh mendapat mata ganjaran yang kemudiannya boleh ditukarkan menjadi pelbagai jenis hadiah termasuk bonus dan duit percuma. Semakin tinggi tahap anda, semakin senang untuk anda mendapat mata ganjaran ini.

Kasino Untuk Perjudian Bentuk Lain

Walaupun Bodog secara asasnya merupakan sebuah laman pertaruhan sukan, mereka juga menyediakan bahagian kasino untuk dinikmati pengunjung. Di sini, anda boleh mendapati pelbagai permainan slot dan kasino meja seperti poker. Antara pembekal perisian terkenal di sini termasuklah Microgaming, Pragmatic Play dan Habanero.

Terdapat juga permainan kasino live di mana anda boleh bermain permainan kasino yang dikendalikan secara langsung melalui video streaming. Kasino live meliputi permainan seperti Baccarat, Poker, Roulette dan banyak lagi.

Bodog live Casino

Bodog: Laman Yang Menyesuaikan Diri

Sebagai sebuah bookie yang dikunjungi ramai di dalam dunia internet, Bodog telahpun mengambil langkah untuk memastikan bahawa setiap pengunjung mempunyai pengalaman yang bagus dan selesa. Ini dapat dilihat daripada usaha mereka menyediakan sokongan 24/7 dalam bahasa tempatan pengunjung, termasuk pengunjung dari Malaysia. Selain itu, mereka juga menyediakan aspek lain yang disesuaikan untuk penjudi dari Malaysia, seperti menerima MYR dan tahap VIP yang berasaskan MYR.

Soalan-soalan Lazim

Jumlah deposit minima adalah RM10

Terdapat pautan ‘Sign Up’ di laman utama. Setelah memilih pautan itu, anda perlu mengisi borang yang disediakan dan seterusnya membuat deposit pertama. Setelah deposit pertama masuk anda boleh mula bertaruh.

Tiada caj tambahan dikenakan untuk deposit atau pengeluaran

Tidak, akaun yang sama boleh digunakan untuk kedua-duanya.

Tiada perbezaan ketara, hanya kebarangkalian dan mungkin acara yang berlainan ditawarkan.

Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM688
4.0
Pilihan Pertaruhan
3.5
Deposit & Pengeluaran
4.0
Bonus & Promosi
4.5
Ciri-ciri Laman
4.0 Penilaian Keseluruhan
Laman Terbaik
22BET

Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM600

1XBet

Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM500

Melbet

Bonus Deposit Pertama 100% Sehingga RM500

Dapatkan Bonus Eksklusif!
Langganilah laman ini dan jadi penjudi pertama untuk menerima tawaran pertaruhan terbaik.
Kami janji tidak akan menghantar spam.
Anda juga boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa sahaja

*Dengan melanggan, anda sahkan bahawa anda berumur 18 tahun ke atas