Ramalan, Kebarangkalian dan Petua Pertaruhan bagi Oliviera lwn Makhachev di UFC 280
Ramalan, Kebarangkalian dan Petua Pertaruhan bagi Oliviera lwn Makhachev di UFC 280
Charles Oliviera dan Islam Makhachev akan bertemu dalam UFC 280 yang akan datang dalam acara utama malam tersebut. Pertembungan mereka akan menentukan siapakah juara lightweight UFC yang baru kerana untuk ketika ini, takhta tersebut kosong. Oliviera merupakan juara sehingga perlawanan akhirnya di mana dia menemui Justin Gaethje dan terlepas berat. Organisasi kemudiannya melucutkan gelarannya dan tali pinggang itu jatuh dalam keadaan tidak menentu. Walaubagaimanapun, Dana White berpendapat bahawa jalan yang paling adil adalah untuk membawa Oliviera kembali dan memasangkannya dengan salah satu pesaing dalam bahagian itu, dan si dia yang menunggu peluang untuk merampas takhta adalah Islam Makhachev.
Oliveira
Do Bronx tidak menghadapi cabaran besar dalam menghabiskan Gaethje, tetapi terlepas julat beratnya merupakan sesuatu yang telah menghalangkannya untuk pulang dengan tali pinggang. Selepas permulaan di mana Gaethje mempunyai sedikit inisiatif, semua benda berjalan seperti yang dijangkakan secara cepat dan Oliviera menewaskan warga Amerika tersebut dengan rear naked choke, iaitu cekikan dari belakang.
Dia memanjangkan rekod UFCnya yang terdiri daripada 19 penamatan dan 16 penyerahan, memejalkan legasinya sebagai antara pelawan paling bagus dalam organisasi. Sebelum ini, Oliviera mempertahankan gelarannya dengan kemenangan ke atas Dustin Poirier, juga melalui rear-naked choke, dan memenangi tali pinggang melawan Michael Chandler dengan TKO pada pusingan kedua.
Oliviera mempunyai 11 kemenangan terus-menerus, dan semasa rentak kemenangan ini dia menewaskan pelawan seperti Tony Ferguson, Kevin Lee, Clay Guida dll. Kami tidak perlu banyak berbicara mengenai corak perlawanannya. Bentunya yang tinggi dan licin membolehkannya membalas semua serangan dengan baik, tetapi tumbukan bukan serangan pilihannya tetapi pergelutan. Kepanjangan anggotanya bercampur kardio yang hebat, memberikannya cengkaman luar biasa, yang ahli gusti dan gelut lain yang terbaik pun tak dapat lepas.
Makhachev
Bagi ketika ini, Islam berada di tangga ke-4 dalam kedudukan lightweight, tetapi untuk ramai orang dia sepatutnya lebih baik daripada itu. Selepas ditewaskan dalam debut UFCnya melawan Adriano Martins melalui TKO, dia terus memenangi 10 terus dan bangkit dalam kedudukan. Kami perlu mengatakan bahawa Makhachev tidak mempunyai lawan yang handal seperti Oliviera.
Keempat-empat kemenangannya yang lepas adalah dengan penewasan, ke atas Drew Dober, Thiago Moises, Dan Hooker dan Bobby Grreen, dua yang akhir ini dalam pusingan pertama. Islam juga memegang kemenangan ke atas Arman Tsarukyan, Davi Ramos dan Gleison Tibau.
Seperti Oliviera, beliau juga menyukai pertempuran jarak dekat, dan 10 daripada 22 kemenangannya datang melalui penyerahan. Dia merupakan ahli gusti yang sangat tipikal dari Rusia Selatan, yang tidak menjadi kejutan kerana rakan sparring Islam adalah kawan akrabnya Khabib. Oleh itu, kami tidak perlu menerangkan corak pertempurannya lagi.
Hanya kerana sejarahnya dan namanya yang tersohor, Oliviera menjadi pilihan bagi kami. Dia telah menemui antara nama-nama terunggul dalam UFC, lebih handal daripada Islam, yang belum mempunyai peluang untuk menemui pesaing pada tahap Oliviera lagi. Soal pengalaman adalah sebab tunggal kenapa kami memilih Do Bronx di sini.
Keputusan kami: Oliveira menang