Oppa888
2.1

Oppa888

Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM600
Deposit minima RM50

Laman pertaruhan sukan ini tidak disyorkan pada masa ini

Laman pertaruhan Oppa888 merupakan laman pertaruhan sukan yang mantap dan mempunyai reputasi yang baik. Baca lebih lenjut tentangnya hari ini.

Kelebihan
  • Mempunyai versi app untuk iOS dan Android
  • Menerima mata wang kripto
  • Mempunyai lesen dari Belize
Kelemahan
  • Tiada bahagian panduan dan tips

Laman pertaruhan sukan ini tidak disyorkan pada masa ini

Kami telah menerima laporan mengenai laman pertaruhan sukan ini dan kami tidak syorkan anda bermain sehingga kami menyiapkan siasatan kami mengenai laporan yang diterima.

Sementara itu, anda boleh mencuba salah satu laman bookie berikut:

Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM600

4.5
Bonus Deposit Pertama 100% Sehingga RM500
4.4
Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM500
4.4
Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM300
4.4

Ulasan Laman Pertaruhan Sukan Oppa888

Laman bookie Oppa888 dimiliki oleh syarikat Asia Oppa Ltd. Yang berpangkalan di Belize. Mereka merupakan sebuah syarikat yang tertumpu di Asia Tenggara dan Asia Selatan, iaitu di Indonesia, Malaysia, Vietnam dan India. Ini merupakan antara laman pertaruhan yang paling lengkap dan mereka menyediakan kualiti pertaruhan yang tinggi kepada pengunjung,

Laman Oppa888 mempunyai lebih 400,000 penjudi yang berdaftar, dan ini menjadikannya antara laman yang terbesar di Asia. Laman dengan begitu banyak pengunjung sudah tentu menjanjikan pengalaman perjudian yang terbaik bagi semua. Dari segi pertaruhan sukan, laman pertaruhan Oppa888 menawarkan pelbagai jenis sukan dan pertaruhan live bagi kemudahan anda, jadi anda mempunyai pilihan yang banyak. 

oppa888 Pertaruhan Sukan

Sukan Apa Yang Ada Di Sini?

Laman pertaruhan sukan Oppa888 menawarkan pelbagai jenis sukan untuk pre-bet dan live betting. Sukan yang paling popular adalah bola sepak. Pada satu-satu masa, anda akan menjumpai lebih daripada seribu perlawanan bola sepak yang boleh anda pertaruhkan, dari seluruh dunia. 

Selain bola sepak, sukan lain yang popular di sini termasuklah tenis, bola keranjang, hoki ais, bola tampar, ping-pomg dan e-sukan. Semua sukan ini aka nada beberapa ratus perlawanan untuk dipilih dan dimasukkan ke dalam slip pertaruhan anda.

Selain sukan popular di atas, terdapat juga sukan yang jarang didapati di tempat lain seperti belayar, Trotting, UFC, Lompat sku dan banyak lagi. 

Pertaruhan Yang Boleh Anda Buat di Sini

Selain daripada kebarangkalian head to head yang ada di papan pertaruhan utama, Oppa888 menawarkan pelbagai jenis pertaruhan lain. Ini termasuklah Handicap Eropah, skor akhir yang betul, perjalanan permainan, over under, pasukan pertama yang menjaringkan gol, serta banyak lagi.

Apa yang unik di sini adalah di samping papan pertaruhan utama, anda juga berpeluang bertaruh ke atas pasukan tempatan dengan memilih pautan ‘Bet on Your National Team’. Selain itu terdapat juga pautan untuk kejohanan besar, Pembina pertaruhan, pertukaran pertaruhan, pertaruhan UFC dan pertaruhan politik.

Sistem pertaruhan yang utama adalah outright bets, tetapi terdapat juga head to head bets antara dua atlit pilihan, dan juga pertaruhan singles, accumulator, system dan chain. 

Pertaruhan Langsung Yang Lebih Mengujakan

Bahagian pertaruhan live di sini berfungsi 24jam sehari 7 hari seminggu, jadi anda boleh bertaruh pada bila-bila masa tidak kira zon masa anda. Asalkan terdapat perlawanan yang berlangsung, anda bebas ke bahagian pertaruhan live untuk membuat pertaruhan atau menukarkan pertaruhan.

Pada satu-satu masa, bahagian live betting akan mempunyai kira-kira seratus lebih acara untuk anda bertaruh, terutamanya dari sukan bola sepak, FIFA, e-sukan dan ping pong.

Terdapat laman khas di sini yang dipanggil multi-LIVE, di mana anda boleh menambahkan semua perlawanan yang sedang anda ikuti kepada satu papan supaya anda boleh melihat perkembagan semasa dengan lebih mudah. 

 Kebarangkalian Yang Boleh Disesuaikan Bagi Diri Anda

Oppa888 mempunyai set kebarangkalian yang ditentukan oleh sekumpulan pakar profesional yang mempunyai pengalaman yang laman dan luas. Selain itu, kebarangkalian ini juga disokong oleh pelbagai data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam sistem komputer yang membantu menjana kebarangkalian tersebut. Akan tetapi, penentuan kebarangkalian akhirnya masih ditentukan oleh kumpulan pakar tersebut.

Sebagai tambahan kepada pilihan jenis kebarangkalian pertaruhan yang baik, Oppa888 juga menyediakan sistem di mana anda boleh menyesuaikan penyampaian kebarangkalian mengikut kemahuan anda. Dengan memilih pautan ikon gear, anda akan dibawa ke kawalan settings di mana anda boleh menentukan sama ada anda mahu papan utama dipaparkan dalam sistem Asia atau Eropah. Anda juga boleh memilih banyak perkara lain contohnya sama ada anda mahu kebarangkalian dalam versi Malaysia, Indonesia, Hong Kong, Eropah atau sistem lain.

Laman Pertaruhan Oppa888 Ada Dalam Versi App

Penjudi yang ingin bertaruh dalam telefon bimbit akan berasa lega kerana laman pertaruhan Oppa888 ini menyediakan versi app. Versi app ini disediakan untuk Android dan iOS. Ianya boleh dimuat turunkan di laman utama. Anda akan melihat pautan ‘Smartphone App’ dan boleh terus melihat bagaimana untuk memuat turun aplikasi laman Oppa888 di situ.

Versi app menawarkan semua ciri laman web penuh, tetapi dalam paparan yang lebih ringkas dan ringan. Anda masih boleh bertaruh ke atas semua acara dan pasukan pilihan anda menggunakan akaun yang sama. 

Bahagian Statistik Dan Keputusan Untuk Membantu Anda

Malangnya, laman pertaruhan Oppa888 tidak mempunyai blog yang dipenuhi tip dan panduan. Mereka juga tidak menyediakan siaran langsung untuk perlawanan. Akan tetapi, mereka mempunyai bahagian statistik dan keputusan. Bahagian ini boleh dicapai melalui laman utama di mana anda akan melihat pautan ‘More’.

Bahagian ini mengumpulkan semua keputusan liga-liga dan perlawanan utama terkini. Ianya membolehkan anda mengikuti perkembangan musim perlawanan bola sepak terkini dengan lebih senang. Anda juga boleh membuat analisa dan perbandingan di sini. 

Bonus Khas Untuk Penjudi Sukan

Jumlah tawaran bonus bagi mereka yang ingin bertaruh dalam sukan di Oppa888 memang besar. Mula-mula sekali anda boleh mendapat Bonus Deposit Pertama. Anda boleh memilih sama ada inginkan 100% bonus ke atas deposit pertama sehingga RM600 atau pakej Selamat Datang yang menawarkan bonus sehingga RM7000 serta pusingan percuma.

Selain bonus deposit pertama ini, anda juga boleh menikmati bonus akumulator harian, bonus pertaruhan awal, bonus hari jadi, dan banyak lagi. Bagi peminat e-sukan pula, anda harus mengikuti calendar bonus e-sukan, yang menawarkan bonus cashback berkala untuk pelbagai jenis acara e-sukan. 

Bonus Selamat Datang

Program Kesetiaan VIP Dengan 8 Tahap

Untuk penjudi yang ingin kekal bertaruh di sini, anda dapat menikmati program VIP mereka. Setiap penjudi yang membuat pertaruhan layak untuk menyertai program ini. Semakin banyak wang yang anda pertaruhkan, semakin tinggi tahap VIP yang anda layak capai. Tahap paling bawah adalah tembaga (Copper), dan anda boleh menyertainya dengan menekan butang ‘Take Part’ di laman Cashback VIP yang terdapat di bahagian bonus. 

Anda dapat menikmati pelbagai layanan khas apabila menjadi sebahagian daripada progam VIP di sini, termasuklah cashback, sokongan khas VIP dan lain-lain. Semakin tinggi tahap VIP anda, semakin banyak cashback yang boleh anda tuntut.

Pembayaran Dan Pengeluaran Dengan Mata Wang Kripto

Terdapat beberapa saluran pembayaran yang disediakan oleh Oppa888. Ini melingkungi e-wallet iaitu PayTM wallet dan ecoPayz, serta khidmat pemindahan wang seperti Help2Pay. Tempoh pemprosesan untuk deposit adalah serta merta tanpa caj tambahan. Selain itu laman Oppa888 juga menerima leboh 20 jenis mata wang kripto. Nilai deposit minima adalah RM50 untuk Help2Pay manakala saluran lain adalah RM5. Tiada nilai deposit maksima dikenakan.

Untuk pengeluaran pula, terdapat beberapa e-wallet disediakan dan sistem pemindahan bank Help2Pay. Seperti deposit, anda dibenarkan membuat pengeluaran mata wang kripto juga. Pengeluaran minima untuk Help2Pay adalah RM50 manakala saluran lain adalah RM10. Tiada had maksima pengeluaran dinyatakan. Tempoh pemprosesan adalah 15 minit bagi semua saluran pengeluaran.

Anda Diberikan Sokongan Dalam Bahasa Malaysia

Laman pertaruhan ini menyediakan sokongan pelanggan yang agak lengkap. Anda dengan serta merta akan melihat kotak chat mereka yang ditanda dengan ikon perbualan berwarna merah di laman utama. Apabila anda menekan ikon ini, anda akan ditanya bahasa pilihan anda, dan jenis pertanyaan yang ingin anda buat. Pilihan bahasa termasuklah bahasa Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Inggeris.

Selain kotak chat, anda juga diberi pilihan untuk menghubungi pihak kasino melalui nombor telefon khas untuk Malaysia, alamat emel dan borang maklumbalas di bahagian contact.

Kebolehgunaan Laman Yang Tinggi

Perkara utama yang amat kita senangi di sini adalah kemudahan untuk membuat pertaruhan. Anda hanya perlu klik pada kebarangkalian pada pasukan atau perlawanan pilihan anda. Ianya akan ditambah terus kepada slip pertaruhan anda. Anda hanya perlu mengisi beberapa ciri penting seperti jumlah pertaruhan yang ingin dibuat. 

Sistem ini juga digunakan pada papan pertaruhan live, dan anda juga diberikan laman MULTI-live di mana anda boleh mengumpulkan kesemua perlawanan yang anda minati dalam satu papan.

Laman Oppa888 Merupakan Laman Dengan Lesen

Antara perkara utama yang kami perhatikan di mana-mana laman pertaruhan sukan adalah kehadiran lesen. Lesen merupakan penanda utama sama ada sesebuah laman bookie itu jujur dan ikhlas atau tidak. 

Oppa888 merupakan laman bookie dengan lesen perjudian am dari kerajaan Belize. Ini bermakna mereka tertakluk kepada undang-undang kerajaan Belize dan berdaftar di sana. 

Keselamatan Maklumat Peribadi Dijaga Oleh Oppa88

Selain itu, terma dan syarat mereka ada menjelaskan bahawa mereka bertanggungjawab menjaga maklumat peribadi dan perbankan anda dengan penyulitan SSL supaya tidak dapat diketahui mana-mana pihak selain pihak pentadbiran kasino.

Perlindungan SSL ini penting juga supaya privasi anda dilindungi sepenuhnya. Anda diberik kebebasan untuk membuat deposit dan pengeluaran dengan selamat dan berjudi dengan selamat tanpa diganggu oleh pihak yang tidak diingini.

Pelbagai Hiburan Lain Juga Tersedia

Laman Oppa888 merupakan laman perjudian yang lengkap, dengan pelbagai pengalaman perjudian lain selain pertaruhan sukan. Anda boleh memilih untuk bermain slot, kasino live, permainan video perjudian, permainan TV, Bingo, Toto, Kad Gores, loteri dan beberapa lagi.

Bahagian slot terutamanya, menawarkan beribu-ribu pilihan slot 3,4, dan 5 roda dan lebih dengan pelbagai tema dan grafik. Terdapat lebih daripada seratus jenama perisian slot di sini untuk anda nikmati.

permainan judi di oppa888

Oppa888 Satu Laman Pertaruhan Asia Tenggara Yang Dihormati

Di antara semua aspek, kami memberi perhatian semasa meninjau laman web pertaruhan sukan, anda tentu inginkan sebuah laman pertaruhan sukan yang jujur, dengan kebarangkalian yang baik serta pembayaran keluar yang menepati masa. Anda boleh mempercayai Oppa888 untuk kedua-dua ini. 

Oppa888 juga merupakan laman tanpa masalah dan ulasan daripada penjudi lain setakat ini agak bagus. Kebanyakan pengunjung di sini menyukai sistem mereka yang kemas serta pilihan acara bola sepak yang ditawarkan. Anda mungkin juga akan menggemari aspek-aspek ini, jadi ambillah peluang untuk mencuba nasib anda di Oppa888.

Soalan-soalan Lazim

Ya, mereka menyediakan versi app yang boleh dimuat turun ke dalam telefon bimbit anda.

Untuk pertaruhan sukan, anda boleh menikmati bonus deposit pertama 100% sehingga RM600

Ya mereka mempunyai lesen perjudian daripada kerajaan Belize.

Ya, mereka menerima pembayaran deposit Bitcoin dan lebih 20 mata wang kripto lain.

Anda harus memilih butang Registration dan mendaftar menggunakan borang yang disediakan oleh mereka.

Oppa888 Butiran

Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM600
1.0
Pilihan Pertaruhan
2.5
Deposit & Pengeluaran
2.5
Bonus & Promosi
2.5
Ciri-ciri Laman
2.1 Penilaian Keseluruhan
Laman Terbaik
22BET

Bonus Selamat Datang, iaitu 100% sehingga RM600

1XBet

Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM500

Melbet

Bonus Deposit Pertama 100% Sehingga RM500

Dapatkan Bonus Eksklusif!
Langganilah laman ini dan jadi penjudi pertama untuk menerima tawaran pertaruhan terbaik.
Kami janji tidak akan menghantar spam.
Anda juga boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa sahaja

*Dengan melanggan, anda sahkan bahawa anda berumur 18 tahun ke atas